Entertainment

‘Ada mesej tersirat‘-Fizo Omar Ulas Kes Najib Dipenjara Buat Ramai Setuju

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ada mesej tersirat

Berita itu juga mengundang perhatian pelakon dan usahawan Fizo Omar untuk bersuara.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fizo, 37, menegaskan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Najib tidak seharusnya diraikan dan disorak oleh orang ramai.

Penuh bersejarah buat negara kita dan juga institusi penghakiman negara apabila bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara. Perdana Menteri yang pertama dalam sejarah dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan.

Ramai yang memberi reaksi sindiran terutamanya mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza. Pada saya momen ini adalah bukan untuk diraikan, pandanglah dari sudut yang berbeza di mana ini adalah percaturan yang Maha Hebat Allah SWT yang saya percaya ada mesej yang tersirat untuk kita semua.

Kita semua rakyat Malaysia berada di bawah undang-undang yang sama dan tidak ada kelebihan berdasarkan jawatan, pangkat mahupun kuasa.

Jangan terus hina

Kata pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar, soal kebenaran hanya empunya diri iaitu Najib dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.

Soal tentang kebenaran di atas apa yang yang dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kita sebagai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukumnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam berharap agar momen bersejarah ini membuka mata semua pihak yang negara Malaysia mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi.

Semoga berlakunya momen bersejarah ini, membuka mata semua pihak dan juga memberi amaran keras kepada ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin kita, bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang undang negara.

Sumber: Instagram @fizoomar

Jabatan Penjara nafi Najib terima layanan istimewa

Jabatan Penjara menafikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima layanan istimewa di Penjara Kajang.

Jabatan itu dalam kenyataan di Facebook meminta penyebaran maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP) dihentikan.

Selain itu, jabatan terbabit juga melabelkan sebuah gambar yang kononnya adalah sel bagi VIP dengan kemudahan selesa adalah palsu.

“Hentikan penyebaran maklumat palsu,” kata jabatan itu.

Terdahulu, pengguna Facebook dengan nama D’eyo Adie memuatnaik gambar sebuah bilik yang mewah dengan mendakwa ia adalah penjara untuk VIP.

D’eyo Adie mendakwa sel bagi VIP diberikan kemudahan televisyen, internet, buku, penghawa dingin, katil dan tilam.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan.

Media sosial kemudiannya dibanjiri dengan komen daripada warganet yang bersimpati dengan nasib bekas Perdana Menteri itu selain kemungkinan beliau menerima layanan istimewa di penjara.

kredit: bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.