Hiburan

“Kalau yg ni nak tunjuk rasa syukur, teruskan..”-Nasihat Ustaz Ini Memang Makan Dalam

Penampilan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi Baby Shima menerusi perkongsiannya di Instagram menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Beliau dikatakan bakal melancarkan lagu terbaru bergenre Dangdut berjudul Baby Sayang, hasil duet bersama Baby Shima pada 17 Ogos nanti.

Meskipun lagu tersebut belum lagi diperdengarkan kepada para pengikut di akaun Instagramnya, dua selebriti itu teruk dikecam disebabkan aksi kurang manis yang ditonton orang ramai.

Ustaz Ini tampil beri teguran

Terdahulu Teaser muzik video lagu itu yang dimuatnaikkan ke Instagram Aliff, menampilkan Shima yang hanya berseluar pendek berwarna hitam dan berstoking hingga ke paras paha sambil bergelek.

Berdasarkan reaksi yang membanjiri ruangan komen di Instagramnya, warga netizen kelihatan mengutuk penampilan kedua-dua selebriti itu yang dianggap tidak bermoral dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Muslim.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warga netizen turut melabelkan Shima sama seperti pelakon lucah disebabkan oleh aksinya yang menggoyangkan punggung dalam muzik video tersebut.

Warga netizen menganggap Aliff seperti tidak serik menghasilkan kandungan yang dianggap mengaibkan.

Malah, sekitar awal tahun ini, Aliff pernah berjanji untuk tidak mahu lagi terjebak dengan gimik murahan demi meraih populariti.

Beliau berkata demikian kerana sesuai dengan peningkatan usianya.

Walau bagaimanapun, Aliff bertindak menutup ruangan komen selepas menyedari video berkenaan mendapat kec4man.

Aliff Syukri dakwa sakit ment4l tahap 2, kongsi video tangisan

Rata-rata orang ramai mula bosan dengan ‘drama’ yang sering ditimbulkan oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Terbaharu, beliau memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah ment4l tahap dua sehingga ke hari ini sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.

“Bye-bye, selamat tinggal Instagram, awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.

“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” katanya.

Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ disisinya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut ditinggalkan oleh pengguna media sosial.

“Sudah 40 kali ‘bye-bye’, bila nak padam Datuk?,” ujar seorang pengguna.

“Patutlah buat video bukan-bukan, pesakit mental rupanya, kesian Datuk Aliff, tak baik yang lain suka kutuk Datuk Aliff,” komen pengguna lain.

“Drama kuat usahawan seorang ini, buktikan surat doktor dulu,” kata seorang pengguna lagi.

Ini yang terjadi kepada akaun media sosial Aliff Syukri

Tidak lama selepas Aliff Syukri memuat naik video permohonan maaf dia, didapati segala gambar dan video di dalam akaun instagram telah dipadam.

Yang tinggal cuma gambar tentang produk beliau sahaja. Gambar profile turut dipadam.

“M4tikan Aku Dengan Tenang & Beriman” – Aliff Syukri

Susulan video kontroversinya menari ghairah bersama Baby Shima dikecam teruk, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan akan mengundurkan diri dari media sosial.

Selepas memuat naik video tersebut, perkongsian Aliff mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar ubat dengan kapsyen, “M4tikan aku dengan tenang dan beriman”.

Perkongsian Aliff itu sekaligus menimbulkan kerisauan mengenai keadaan usahawan itu serta meminta supaya beristighfar.

Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah gambar itu merupakan mesej untuk dia membvvnuh diri.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan itu hanyalah drama semata-mata untuk meraih simpati daripada orang ramai. Difahamkan, perkongsian itu telah pun dipadam beberapa minit dimuat naik.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.