Uncategorized

Nabil Terduduk Terlepas Tengok Konsert Billie Eilish. Ini Yg Berlaku Masa Dia Call Isteri

Malam tadi berlangsungnya konsert Billie Eilish di Stadium Bukit Jalil bagaimanapun rata-rata peminat yang hadir menyifatkan mereka di’scam’ kerana tempat duduk dengan pentas sangat jauh.

Dengan tiket yang agak mahal bermula dengan harga RM598 dan yang paling murah RM308 realiti kedudukan tempat duduk tidak seperti yang digambarkan.

Nabil Sekeluarga Terlepas Konsert

Namun lain pula kisah yang di hadapi oleh dj dan pelwak terkenal Nabil Ahmad di mana dia sepatutnya membawa Ister dan anak untuk menyaksikan konsert tersebut

Tetapi kerana salah tarikh, hasrta Nabil terbantut. Melalu rakaman tersebut kelihatan Nabil terduduk dan tersandar ke dinding di konti radio selepas menyedari mereka sekzluarga telah terlepas untuk menyaksikan konsert tersebut

Dengan perasaan kesal, Nabil telah menelefon isteri untuk memaklumkan yang mereka telah tersalah tarikh

Konsert Billie Eilish ‘indah khabar dari rupa’

Konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi diibaratkan seperti indah khabar dari rupa.

Tinjauan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati pelbagai maklum balas diberikan orang ramai yang rata-ratanya kurang berpuas hati dengan suasana konsert penyanyi antarabangsa itu.

“Harga tiket kami beli bukan murah, ratusan ringgit dan sistem bunyi, audio pula buat hal, suara penyanyi tenggelam timbul. Rugi duit,” luah Marshila.

Selain itu, ada juga pengunjung luah rasa kesal apabila jarak pentas utama dengan kedudukan penonton terlalu jauh apabila terdapat ruang kosong yang besar dibiarkan di bahagian tengah.

“Kali pertama menyesal pergi konsert, bayar tiket lebih RM500, duduk punya jauh, macam tengok bola dan sepatutnya kena bagi pakej sekali teropong,” ujar Azfar.

Sementara itu, di Twitter, tanda pagar ‘BillieEilishTourMalaysia’ menjadi trending sejak malam tadi.

Pelbagai ragam dan momen-momen dikongsikan oleh para peminat jelas kelihatan di media sosial seperti TikTok dan Twitter.

Rasa tidak puas hati itu sehingga ada yang mahu pihak penganjur kembalikan semula wang mereka.

Tiket konsert mahal, duduk jauh Billie Eilish pun tak nampak, sound pun tak ‘clear’-Peminat Malaysia kena scam
“Itssa scam. Gimme back my money really lol,” komen Sarah Allya di Facebook.

Ada yang perli sepatutnya peminat yang hadir konsert malam tadi perlu membawa teropong bersama.

Di termasuklah selebriti media sosial, Khairul Aming yang turut tidak ketinggalan mengikuti konsert tersebut.

Melalui ciapannya, Khairul Aming mengatakan sistem suara di konsert tersebut adalah sangat menyedihkan di mana dia sendiri tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba diperkatakan oleh Billie semasa berada di atas pentas.

Tiket konsert mahal, duduk jauh Billie Eilish pun tak nampak, sound pun tak ‘clear’-Peminat Malaysia kena sc4m

Bagaimanapun dia redha dengan nasib yang menimpa dirinya ketika menonton konsert tersebut di stadium terutama kedudukan pentas dan tempat pengunjung yang hadir adalah tidak sama seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

kredit:hmetro, ig era, ig nabil, twitter

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Like Follow Page Kecoh Ape untuk berita menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published.