Amalan

Najib Selamat Tiba di Penjara Kajang. Lama Berdiam Diri, Ini Kata-Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

Bekas perdana menteri, Najib Razak tiba di Penjara Kajang, pada 6.05 petang tadi, bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Najib yang tiba dengan kawalan ketat polis diperintah menjalani hukuman selepas mahkamah tertinggi itu menolak rayuan terakhirnya.

Bekas presiden Umno itu dibawa menaiki kenderaan SUV hitam dikawal anggota polis, termasuk dari unit kenderaan motosikal pengiring.

Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi melengkapkan proses dokumentasi bagi prosiding hukuman penjara.

Sementara itu, kawalan ketat di pintu masuk utama penjara turut dilakukan petugas penjara dengan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang orang awam dari memasuki Kompleks Penjara.

Pihak polis juga turut mengawal ketat laluan menuju ke pintu masuk penjara.

Orang awam juga turut berkumpul di sekitar laluan masuk Penjara Kajang, bagaimanapun diarah polis supaya bersurai.

Dalam pada itu, selepas sekian lama berdiam diri, berikut kata bekas PM ke 8, TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

“Alhamdulillah, perjuangan saya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah pada skala yang besar menerusi penyelewengan dana 1MDB dan SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri,

“Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sejak tahun 2015.

“Walaupun saya dihukum dengan pemecatan dari kerajaan dan parti pada ketika itu, saya terus istiqamah dengan prinsip menegakkan yang hak.

“Hari ini, saya bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang konsisten melawan rasuah dan penyelewengan dapat menghela nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Terbukti, sistem kehakiman negara kita yang bebas telah dapat menjamin tertegaknya keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.

“Kebebasan sistem kehakiman inilah yang saya pertahankan ketika saya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada desakan politik supaya saya campurtangan dalam kes tertentu, saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini.

“Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan. Pendakwaan dalam kes 1MDB yang melibatkan penyelewangan dana berjumlah

“RM2.6 billion masih belum selesai. Begitu juga kes rasuah yang melibatkan Pengerusi Barisan Nasional masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selain kes-kes berprofail tinggi yang lain.

“Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campurtangan atau desakan politik dari mana-mana pihak agar keadilan dapat tertegak.

“Kebebasan dan integriti badan kehakiman sepertimana yang terbukti pada hari ini adalah paksi sebuah negara demokrasi. Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, na’uzubillah.

“Atas segalanya, saya mendoakan agar Malaysia bebas sepenuhnya daripada amalan kleptokrasi, dijauhi daripada bala bencana dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

“Mantan Perdana Menteri Ke-8

23 Ogos 2022

Berapa 23 minit di muat naik, setakat ini posting dari Muhyddin telah mendapat 15 ribu tanda suka, dan mencapai 518 perkongsian

“Dari pertama TSMY jadi PEDANA MENTERI .Saya paling SUKA sama beliau kerana beliau bercakap sangat baik kepada rakyat..walaupun org kata apa2 pada beliau Saya tetap percaya beliau yang terbaik.banyak2 PM Malaysia..TSMY terbaik” komen seorang netizan

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Najib dalam kes SRC International.

Ini bermakna bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan akan mula menjalani hukuman.

Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib.

kredit: FB Muhyddin Yassin

Leave a Reply

Your email address will not be published.