Amalan

Najib Sudah Selamat Ke Penjara, Tak Sangka Ini Kata-kata Zahid Hamidi

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu bertindak rasional dan menuntut segala keputusan parti dipatuhi.

Katanya, mesyuarat Biro Politik akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini, menolak rayuan akhir kes Najib Razak untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Dalam hantaran di Facebook, bekas timbalan perdana menteri itu, berkata: “Tiada pengkhianatan sesama kita! Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar!”.

“Marilah kita terus bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang Najib kita tetap bersama.

“Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat,” katanya.

Katanya, keputusan mahkamah terhadap Najib perlu dilihat sebagai “peledak semangat” untuk terus membawa perjuangan Najib.

“Inilah peledak semangat dan kita terus bangkit serta terus mara ke hadapan. Walaupun di belakang duri di hadapan api! Kita tempuh bersama-sama!” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyifatkan sabitan terhadap Najib merupakan detik duka buat Umno.

“Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi turut berasa sangat hiba, ada yang sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur. Namun, ini tidak bermakna kami berputus asa,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berharap, Najib diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

Sumbangan RM13.25 juta untuk kebajikan: Ahmad Zahid

Dalam pada itu Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa, bahawa sumbangan berjumlah RM13.25 juta daripada ahli perniagaan Junaith Asharab Md Shariff adalah untuk kegunaan bagi aktiviti kebajikan Yayasan Akalbudi (YAB).

Ahmad Zahid, 69, berkata, sumbangan itu bukannya untuk kepentingan beliau.

“Yang Arif, sumbangan itu bukan untuk saya secara peribadi, ia adalah untuk kebajikan. Saya tiada perasaan apa-apa dan itu adalah biasa,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd ‘Afif Ali semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.

Mohd ‘Afif: Datuk Seri tidak ‘happy’ apabila ada orang yang bagi sumbangan kepada Datuk Seri?

Ahmad Zahid: Bukan untuk saya, untuk saya tidak perlu ‘happy’ pun, ucap terima kasih sahaja. Saya tidak ada perasaan, ia bukan untuk saya, kalau untuk saya, saya gembiralah.

Bagaimanapun, beliau tidak mempersoalkan sumber sumbangan itu diperoleh daripada mana. Semasa ditanya Mohd ‘Afif mengenai pemborong tekstil Junaith pernah bertanya kepada beliau untuk mendapatkan pengecualian cukai, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak ingat.

Mohd ‘Afif: Sepanjang perbicaraan kes ini tidak ada sebarang dokumen yang menunjukkan bahawa pengecualian cukai atau pun maklumat berkaitan sumbangan Junaith ini kepada YAB pernah dikemukakan di mahkamah.

Ahmad Zahid: Setuju Mohd’ Afif: Saya cadangkan Junaith pernah bertanya kepada Datuk Seri bahawa beliau meminta resit untuk mendapatkan pengecualian cukai.

Menyentuh mengenai dana YAB berjumlah RM1.3 juta yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2015, Ahmad Zahid berkata, dana itu adalah berbentuk pinjaman dan bukannya tajaan.

Beliau berkata, dana itu diminta oleh menantunya Datuk Zul Hisham Zainal yang juga ahli perniagaan sebagai bantuan kewangan kepada pemain serta kakitangan persatuan bola sepak itu yang sudah empat bulan tidak dibayar gaji.

Ahmad Zahid bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin bahawa beliau yang mengarahkan bekas Setiausaha Eksekutifnya Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly untuk menyediakan cek RM1.3 juta itu kepada persatuan bola sepak tersebut dan telah menandatangani cek berkenaan.

Disoal Nur Aishah sama ada YAB yang bertujuan membantu golongan miskin dan fakir boleh memberi dana kepada persatuan bola sepak itu, Ahmad Zahid menjelaskan apabila mereka tidak mendapat bayaran gaji selama empat bulan, mereka akan menjadi miskin kerana tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian, bayaran rumah dan kereta.

Ahmad Zahid turut menafikan wang RM1.3 juta yang diberikan kepada persatuan bola sepak itu adalah satu kesalahan pecah amanah kerana wang tersebut telah dibayar semula kepada YAB.

Sementara itu, Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa beliau sering menyalahkan orang lain semasa memberi keterangan di mahkamah.

“Saya bukan menyalahkan orang lain, ia bersifat kebenaran dan itulah yang benar-benar berlaku. Kenyataan saya adalah berdasarkan sumpah yang saya baca (di mahkamah),” katanya.

Dalam prosiding pada Selasa, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan pihak pembelaan akan memanggil 43 saksi. Pasukan pembelaan Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan mahkamah bahawa ia akan memanggil 20 saksi.

Pada 24 Januari lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan tersebut. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB). – Foto Bernama.

Bernama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.