Amalan

“Pakai Otak sikitlah la”-Lelaki Tendang, Tampar Budak Tahfiz Dalam Surau. Yusuf Azmi Tampil Bersuara

Di media sosial hari ini, tular rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki membuat kacau dengan membelasah pelajar tahfiz.

Dapat dilihat seorang lelaki tanpa memakai baju memanggil seorang pelajar keluar. Dia kemudian menengking sebelum menendang dan menampar pelajar itu.

Peguam Gesa Tindakan Di Ambil Segera

Dalam pada itu, peguam yang terkenal di media sosial, tampil mengulas insid3n tersebut

“Saya harap, ditahan dan ditangkap segera semua pelaku yang menyerang, menumbuk dan menendang seorang remaja dan lelaki (ustaz) di surau. Melampau!

“Saya tonton kedua-dua video tersebut. Satu video itu, salah seorang pelaku menjerit kepada sekumpulan pelajar kanak-kanak ini. Pasti mereka semua takut.

“Dijerit, disuruh bangun. Seorang remaja berjubah dan berserban bangun. Kemudian ditendang remaja ini. Ustaz yang cuba membantu, dihalang oleh lelaki berbaju biru. Ada tiga pelaku.

Lelaki berkasut oren mencekak leher ustaz dan seorang lelaki berbaju hitam datang menumbuk ustaz yang cuba membantu dan berbaju biru menendang ustaz.

Kesemua ini adalah perbuatan jenayah. Pelakunya ada tiga orang dan ketiga-tiga boleh disabitkan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan pelajar ini dan juga ustaz ini.

Hukumannya jika disabitkan kesalahan penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Video yang kita tonton tidak penuh, kalau waktu mereka mengekori ustaz ada ugutan jenayah atau mereka ambil barang dan pukul, itu adalah kesalahan di bawah Seksyen-Seksyen lain pula dan ada hukum-hukumannya.

Saya harap kedua-dua mangsa ini buat laporan. Diperincikan perbuatan jenayah mereka dan semoga ada beberapa pertuduhan untuk serangan serta ugutan kepada kedua-dua mangsa ini. Biar berat sikit hukumannya.

Hendak tunjuk hero, sampai tiga lelaki dewasa datang menyerang sekumpulan kanak-kanak. Saya ada terbaca alasan kononnya mereka hendak membela anak buah salah seorang mereka. Ajak geng sehingga bertiga, menjerit-jerit kepada semua pelajar. Pukul dan teranjang mangsa disitu.

Ustaz yang tidak ada kena mengena pukul dipukul. Bila disabarkan, dia marah “Mu diam!”. Kemudian bertiga-tiga belasah, ustaz yang seorang. Haih!

Masuk ke surau, menjerit-jerit dan menyerang. Pakai kasut. Surau itu tempat orang beribadah, bukan gelanggang hendak tunjuk hero.

Ada adab ke masjid dan surau. Kita selalu diajar, sehinggakan hendak bersembang pun tidak terlalu bising. Tiba-tiba salah seorang pelaku, buka pula baju di surau begitu. Hish! Langsung tidak hormatkan rumah

ibadah.

“Semogalah ada tindakan segera.”-Oleh Nor Zabetha

Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa berang melihat perbuatan melampau lelaki itu. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan, dia tidak sepatutnya mengambil jalan kekerasan dengan membelasah pelajar itu.

Yusoff Azmi tampil bersuara

“Ko kalau nak jadi samseng pun!!

“Jangan tunjuk samseng dengan budak budak tahfiz dan ustaz..

“Pakai Otak sikitlah la.

“Jangan simpan di kaki ko..

“Memang kurang ajar dan biadap!!

“Mohon @pdrmsia_official ambil tindakan dan buat tangkapan dengan kadar segera..

“Tuduh di Mahkamah dengan segera!

Menurut Yusuf Azmi, mungkin terdapat sedikit pegresan antara pelajar Tahfiz di sana

Tak Puas Hati Pasal Pembayaran Makanan

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, punca kejadian akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

“Tiga suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali sebagai Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid serta seorang pelajar dikenali sebagai Umar Naufal Azman.

“Kejadian menyebabkan Muhammad Zulhafiz mengalami kecederaan di mata sebelah kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut mendapat kecederaan sakit di badan,” katanya.

Ujar Azli kejadian berlaku pada 11 Ogos 2022 kira-kira jam 5.10 petang di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis dengan lima suspek bersama seorang pelajar tahfiz telah pergi ke pusat pengajian tersebut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseks4an kerana meru.suh dan Seksyen 448 Kanun Keseks4an kerana menceroboh.

Dalam video yang tular tersebut turut menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat tahfiz tersebut dengan memakai kasut.

Susulan kejadian itu, orang ramai menyeru pelaku disiasat dengan segera. Apa-apa pun kita tunggu keterangan penuh daripada pihak polis.

Kredit: Instagram Fazlin1215

Leave a Reply

Your email address will not be published.