Amalan

Rupnaya Najib Razak ‘Petik’ Nama Anuar Ibrahim Utk Hakim Tangguhkan Tempoh Rayuan, Ini Perasaan Anuar Bila Najib Disabitkan Kesalahan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan ini membuktikan rakyat itu berkuasa dan telah membuat satu keputusan untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah.

“Kita hormat keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit kes Datuk Seri Najib Tun Razak, ini membuktikan rakyat itu berkuasa, rakyat membuat keputusan pada tahun 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara dari rasuah,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook pada selasa.

Beliau berkata keputusan rakyat membolehkan pendakwaan yang profesional dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta dan hukum bukan mengikut telunjuk politik pihak yang berkuasa seperti mana yang dialami puluhan tahun.

“Jadi sekarang ada perasaan lega, tetapi saya nak ucapkan selain daripada penghargaan kepada hakim-hakim yang berani dan berwibawa tunduk kepada fakta dan hukum bukan tunduk kepada kuasa politik.

“Tetapi ingatlah rakyat bila memutuskan dengan bijak, anak muda boleh menentukan masa depan mereka maka suasana dan iklim politik boleh berubah,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada selasa menolak rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM 210 juta yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama lima panel hakim yang sebulat suara membuat keputusan selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Najib Razak ‘Petik’ Nama Anuar Ibrahim Untuk Hakim Tangguhkan Tempoh Rayuan Namun Gagal

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah dalam kes menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Najib dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman.

Ketika prosiding berlangsung petang tadi, Najib ada ‘petik’ pasal kes Anuar Ibrahim. Eh, dah kenapa?

Anwar mengambil masa tujuh tahun dengan lebih 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat ini. Kes SRC telah mengambil masa empat tahun, dua tahun daripadanya terjejas akibat pandemik itu dan tidak kurang daripada tujuh prosiding lain, jenayah dan sivil terhadap saya.

Seperti yang saya katakan, saya juga tidak pernah memohon penangguhan dalam rayuan ini selain pertukaran peguam cara dan peguam bela saya.

Walaupun petik nama pasal tu, mahkamah tetap tolak rayuannya. Apa pandangan korang?

Kredit: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.