Amalan

Sebelum Ni Kuat ‘Melawan’ Bila Di Tegur Oleh Agamawan, Tapi Kali Ni Ifa Raziah Tampil Mohon Maaf. Rupanya Ada Benda Yg Jadi

Shah Alam: Penyanyi dangdut, Ifa Raziah, 47, membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program Terpaling Juara yang bersiaran di TV3, malam tadi.

Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan kontroversi ketika didakwa bergelek di satu majlis akikah, baru-baru ini.

“Secara eksklusifnya, hari ini, saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya.

“Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas, tapi tak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun, tak apa.

“Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap, benda ini tidaklah berpanjangan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ifa, dia tidak didesak oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, sebaliknya, ia ikhlas dari hatinya.

“Semua atas hati saya sendiri. Saya datang hari ini, nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu satu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa.

“Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat,” katanya.

Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya.

“Saya dah lali dengan benda ini, tapi, sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang.

“Di masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik apa-apa (ke media sosial),” katanya.

VIDEO:

Terdahulu, kontroversi membabitkan Ifa itu turut mendapat perhatian dan teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun.

Kalau nak berdakwah, jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Penyanyi dangdut, Ifa Raziah berpendapat, pendakwah tidak seharusnya bersikap memilih bulu, sebaliknya perlu adil dalam memberikan teguran untuk kebaikan semua pihak.

Ifa berkata, dia keliru apabila segelintir pendakwah begitu lantang memberikan teguran atau komen melibatkan isu selebriti, namun berdiam diri ketika kontroversi menerpa rakan seperjuangan mereka.

Katanya, sebagai pendakwah, mereka seharusnya mengajak orang melakukan kebaikan dan tidak memilih bulu apabila menegur serta menyampaikan ajaran Islam.

“Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila ada pendakwah yang buat hal, senyap pula.

“Langsung tiada sebarang ulasan mahupun tarbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.

“Jika ada niat nak berdakwah, janganlah pilih bulu. Buatlah secara menyeluruh. Itu baru betul dakwah yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ifa, baru-baru ini dikecam ramai, termasuk ditegur pendakwah kerana mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan.

Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.

Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai hamba Allah, dia juga berusaha menjaga hubungan dengan Tuhan. Meskipun dipandang hina manusia, Ifa sentiasa berusaha memperbaiki amalan sebagai bekalan pada kemudian hari.

“Tiada siapa yang tahu kedudukan kita pada mata-Nya. Mereka bercakap seolah-olah duduk serumah dengan saya. Mereka ingat saya free hair, saya tak solat.

“Memang amalan kita tak perlu tunjuk, tapi saya muat naik juga rakaman saya mengerjakan solat sebab geram sangat. Orang kata saya cabar Tuhan, saya ahli neraka. Tapi, saya tidak lupa solat sebaik saja masuk waktu. Saya ingat Allah,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah dia akan memaafkan mereka yang selama ini terus menerus mengecam serta menghinanya Ifa menjawab;

“Maafkan? Tidak. Sekolahkan mereka balik pun tidak. Tunggulah di Padang Mahsyar nanti.”

Sumber : OH BULAN / F8Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published.