Amalan

“Sekarang bilik penjara saya kosong” – Najib Didapati Bersalah, Tak Sangka Anwar Ibrahim Pernah Cakap Benda Ni Kat Najib

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Mohd Nazlan kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada dana SRC.

Menurut Tengku Maimun, sabitan itu selamat bagi kesemua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.
“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara) ,” kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat
Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan wujudnya gesaan agar dia campur tangan dalam rayuan akhir kes SRC Najib Razak.
Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Putrajaya hari ini.

Pada 2019, Anwar pernah mengusik Najib dengan memberitahu bilik penjara dia dahulu telah pun kosong

Sekarang bilik penjara saya kosong – Anwar Ibrahim

“Dahulu 10 tahun setengah saya keluar masuk penjara, sekarang bilik itu (Penjara Sungai Buloh) kosong, nasib kamu pula!”

Demikian gurauan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyentuh kes pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri hari ini terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Anwar berkata, keputusan mahkamah memerintah Najib membela diri terhadap pertuduhan kes syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dianggap satu permulaan baik dalam memberi keadilan kepada rakyat.

Meskipun mengakui tidak sabar menunggu pemimpin seperti Najib dijatuhkan hukuman setimpal, Anwar menegaskan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat perlu mengikut proses perundangan sedia ada.

Anwar Ibrahim: Saya pun Tak Sabar, Bilik Saya Di Sg Buloh Dah Kosong Satu Setengah Tahun

Rayuan SRC: Najib mahu dilihat tidak bersalah pada pilihan raya – Dr Mahathir

Terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Najib Tun Razak kerana cuba menangguhkan rayuan akhir perbicaraan berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ialah untuk memastikan beliau masih ‘tidak bersalah’ pada pilihan raya akan datang.

“Apa dilakukan ialah untuk tangguh semuanya. Jadi pada pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-15), dia masih tidak bersalah. Dia dalam rayuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Presiden Gerakan Tanah Air (GTA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, bagaimanapun pada masa ini semuanya terletak kepada pihak mahkamah.
Ini kerana, dakwa Dr Mahathir, seluruh dunia tahu bahawa bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah di Amerika Syarikat (AS).

“Anda boleh lihat selepas empat tahun dia dihadap ke mahkamah, (Najib) masih bebas.
“Semua dunia tahu dan AS telah mendapati dia bersalah. Tetapi di Malaysia, dia masih memakai tie (tali leher) dan boleh pergi ke Parlimen dan beritahu kerajaan apa nak buat, macam mana nak buat, macam manak nak curi duit.

“Dia adalah penasihat kepada kerajaan,” kata Dr Mahathir dalam nada sinis.

Ditanya mengenai kebebasan kehakiman di Malaysia, Dr Mahathir berkata, setiap negara mengamalkan sistem kehakiman yang berbeza.

Di Perancis misalnya, beliau berkata, seseorang itu didapati bersalah sehingga tertuduh berjaya membuktikan dia tidak bersalah.

“Sistem British ini, anda tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan apabila anda dibuktikan bersalah pun ada perbezaan. Di negara lain walaupun anda merayu dan dibuktikan bersalah, anda masuk penjara dan boleh tunggu sampai rayuan di mahkamah sehingga kata anda tak bersalah.

“Tetapi di Malaysia ini apabila kamu merayu saja, seolah-olah berkata dia tak bersalah tetapi dia didapati bersalah dan sepatutnya dia jalani hukuman. Tetapi entah macam mana dunia ketawa melihat banduan bukan main tinggi (diberi) layanan… dia boleh nasihat kepada kerajaan bagaimana nak memerintah,” tegas Dr Mahathir lagi.

Dalam masa sama, Dr Mahathir berpendapat, konsep pengasingan kuasa di negara ini seolah-olah menampakkan perundangan dan eksekutif (pemerintah) adalah bersama.

“Umpamanya kalau kita kena bayar cukai pendapatan, satu orang itu dapati perlu bayar (lambat). Tetapi kita

kredit: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published.