Hiburan

“Sememangnya itu khilaf saya”-Neelofa Akhinrya Mohon Maaf Kepada Eliysa Sandha. Dia Beritahu Sebab Kenapa Komen Macam Tu

Pengacara yang juga selebriti media sosial, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mengakui, kekhilafannya memanggil anak perempuan pelakon, Elisya Sandha, sebagai boy, baru-baru ini bukan sesuatu yang disengajakan.

Sebaliknya, kata Neelofa, ia berlaku disebabkan kesilapannya sendiri apabila tidak fokus ketika menaip di ruangan komen, meskipun mengetahui pelakon itu baru dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan. Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersilap menyebut boy.

“Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesalahan. Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip.

“Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan dana di aplikasi TheNoor dan platform ECF, Ethis di MranTi, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan aplikasi TheNoor yang dilihat semakin membangun, Neelofa bersyukur sejak dilancarkan pada 2021, aplikasi itu telah meraih lebih 6 juta pengguna di media sosial.

Malah, dia juga gembira jika ada syarikat lain bersama-sama membangunkan aplikasi seumpama itu untuk keperluan dan kemudahan umat Islam.

“Contohnya Mizz Nina yang membangunkan aplikasi Qalby, saya kagum dengan inisiatif itu. Tidak ada istilah bersaing dengan mana-mana pihak kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

“Begitu juga antara aplikasi TheNoor dengan Qalby, masing-masing ada kelebihan. Daripada bersaing benda yang mengarut atau hiburan semata-mata, lebih baik kita buat dan mempelbagaikan perkara yang membawa manfaat kepada orang lain,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.