Uncategorized

Sokongan Keluarga Rahsia Kejayaan Ryan Bakery “The One Yang Tak Naik Sorang2”

Nama yang paling hangat diperkatakan hari ini, Ryan Bakery. Kemunculannya menjadi seakan satu fenomena luarbiasa sekali. Namun lelaki dari Perak ini masih menjadi dirinya yang sebenar.

Merendah diri, kelakar dan sentiasa menghorm4t1 orang lain. Menggunakan platform TikTok untuk berkongsikan video dan ideanya, Ryan Bakery adalah salah seorang TikTokers yang berjaya hari ini.

Trademark Ryan Bakery yang memakai bedak capuk satu muka dan riak wajahnya yang kelakar menjadikan pemuda ini cukup istimewa di hati peminatnya. Bagaimanapun, baru-baru ini satu video dengan paparan keluarga Ryan Bakery yang menyokong setiap penghasilan rakaman pemuda tersebut telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan perkenalan keluarga Ryan Bakery yang sentiasa berada di belakang individu terkenal ini:

Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun kilabakery dan telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 235 ribu lik3$. Judul video ‘kami akan sentiasa berada di belakang Along’ ini memaparkan setiap seorang ahli keluarganya yang turut sama hadir membantu jadi watak sampingan dalam karya Ryan Bakery.

Keluarganya memang sempoi dan turut berbakat dalam berlakon dalam video-video yang dihasilkan. Apa-apa pun di ruangan komen rata-rata warganet meniggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“The one yang tak naik sorang2. Dia bawak semua family dia dan sahabat2 dia. Tahniah”

“seb4k bagusnya Ryan ni. Smeoga jadi anak yang baik dan dipermudahkan urusan perkahwinan nanti..”

“Ryan berjaya asbab keluarga selalu support dia. Itu yang paling penting. Kalau family tak support & tak faham susah nak jadi”

‘Budak bedak’ Ryan Bakery jadi kegilaan

BENARLAH kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat.

Perkara tersebut berlaku kepada pencipta kandungan kreatif terkenal, Ryan Bakery ketika ini apabila namanya menjadi sebutan sehingga dijemput ke program MeleTOP, Selasa lalu.

Sejak aktif dalam media sosial sekitar tahun 2020, dia dikatakan bijak menghasilkan video-video lucu yang membawa khalayak mengimbau kenangan zaman persekolahan dan kanak-kanak.

Antara karakter popularnya sehingga menjadi kegilaan ramai dan tular ialah mat songkok dan budak bedak yang sering memberi jelingan maut serta video air ‘mellow’.

Lebih menaikkan namanya ialah apabila dia turut berkolaborasi bersama pelawak terkenal, Shuib dalam beberapa buah video.

Sehingga kini, akaun TikToknya diikuti 2.4 juta pengikut dan meraih 68.2 juta bagi keseluruhan tanda suka untuk video-videonya.

RYAN FAHMI atau Ryan Bakery popular dengan kandungan lucu, khususnya dalam TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *