Hiburan

“Tak perlu panggil saya hajah”- Nelydia Senrose Beritahu Apa Jadi Dgn Dia Ketika Tunai Haji

Pelakon cantik yang baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji, Nelydia Senrose dilihat semakin menawan apabila tampil mengenakan hijab sewaktu majlis kesyukuran dan ulang tahun kelahirannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dia yang sebelum ini dikhabarkan telah bertudung selepas pulang dari umrah beberapa bulan yang lepas dikatakan telah melepas hijab sewaktu bercuti bersama keluarga.

Cukup panggil Nelydia

Namun, dia akui hal tersebut adalah kesilapannya dan dalam proses memperbaiki diri sebelum mengerjakan haji bersama suami bulan lalu.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Nelydia, 27 dilihat tidak kisah andai tidak dipanggil dengan gelaran ‘hajah’ dan cukup memanggil nama sahaja.

“Tak perlu panggil saya hajah, segan pula rasanya. Cukup dengan Nelydia saja,” katanya.

Sukar diterjemah dengan kata2

Dia yang ditemui cukup kelihatan berseri-seri dan tak lokek berkongsi kisah sepanjang berada di Tanah Suci.

Menurut pelakon drama Khilaf Asmara ini, perasaan ketika mengerjakan haji sangat indah dan sukar dijelaskan dengan kata-kata. Walaupun pernah mengerjakan umrah beberapa kali, saat sedang melakukan haji, ia berasa sesuatu yang sangat berbeza.

“Pengalaman mengerjakan ibadah haji sukar untuk saya susun dengan kata-kata sebab apa yang saya nak kongsikan dari mulut ini tidak akan sama dengan memori manis yang saya lalui di sana.

“Namun cukup sekadar saya katakan layanan Allah dan segala macam yang saya tempuh sangat cantik dan dipermudahkan. Walaupun saya pernah menunaikan umrah beberapa kali, tapi haji ini saya dapat rasa satu kelegaan yang sukar untuk diungkapkan.

“Benar orang kata pemergian mengerjakan haji ini ibarat kita berjihad dan berserah dengan apa saja ketentuan yang bakal berlaku. Saya serah segala-galanya kepada Allah dan mengharapkan kehadiran saya ini diterima dengan baik,” katanya.

Jumpa ramai orang2 hebat, banyak belajar dari mereka

Tambah isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi ini, dia mengakui bahawa ketika mengerjakan haji, ramai orang-orang hebat ditemui dan saling berkongsi ilmu daripada mereka.

“Sepanjang berada di bumi penuh barakah saya belajar dan bertemu ramai orang. Kami saling berkenalan dan jumpa dengan individu yang tidak saya kenal sebelum ini.

“Ketika berada di Arafah kita semua dilayan sama rata tanpa mengira darjat atau pangkat. Setiap manusia dilayan sama rata dan memiliki tujuan hidup yang sama iaitu berserah diri kepada Allah selain memohon keredaan-Nya,” katanya.

Berdoa supaya terus istiqomah

Dalam pada itu, Nelydia juga memaklumkan antara yang dimohon di Tanah Suci ketika mengerjakan rukun Islam kelima ini adalah supaya dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Dia juga berdoa supaya terus istiqamah dan terhindar daripada segala hal yang boleh menghalangnya membuat kebaikkan.

Sedang biasakan diri dengan penampilan baru

Ditanya perihal kerjaya seni pula, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini memaklumkan yang dia enggan terburu-buru kembali aktif berlakon kerana sedang membiasakan diri dengan penampilan terbarunya.

“Setakat ini karier seni akan terus berjalan seperti biasa, cuma saya nak biasakan diri dengan penampilan baru (bertudung) ini.

“Saya tahu apa yang boleh membuatkan saya suka dan datang perasaan nakal, jadi saya nak kawal dulu perasaan itu dan tidak terburu-buru,” ujarnya.

“Kenangan kami pada Hari Wuquf dibumi Arafah “

“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.”

“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu.”
Aamin YRA”

Terdahulu, Nelydia dan suami telah berangkat menunaikan haji pada 3 Julai 2022. Dia juga sempat berkongsi hal tersebut di media sosial dengan mendoakan agar segala urusannya di Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Biodata

Nama penuh: Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen

Nama popular: Nelydia Senrose

Tarikh lahir: 30 Julai 1994

Umur: 24 tahun

Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @nelydiasenrose

Fakta Menarik

1. Mesra disapa Nely atau Nelydia.

2. Bekas pelajar Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya.

3. Lulusan bidang Psikologi di Universiti SEGI.

4. Berketinggian 1.68 meter.

5. Anak kepada pasangan Nik Sen (bapa) dan Rosmizai Mohd Noor (ibu). Kedua orang tuanya berketurunan Siam dan Melayu.

6. Anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

7. Kakaknya, Uqasha Senrose dan adik tirinya, Raysha Rizrose juga merupakan pelakon.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

9. Bergelar aktres seawal usia 13 tahun apabila diberi peranan watak Melissa dalam drama Spa Q pada tahun 2007 hingga 2008.

10. Antara drama popular lain yang dibintanginya termasuk Spa Qistina, Datin Wan Abe, Ahmad Durrah, Friday I’m In Love, Naziha, Setia Hujung Nyawa, Cinta Jannah, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Tundukkan Playboy Itu, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup, Lafazkan Kalimah Cintamu dan Cinta Tiada Ganti.

11. Manakala telefilem lakonannya seperti Anak Aku Artis, Iqra’, Mistik Alam Hitam, Khalifah, Si Tudung Tweet, Setia Hujung Nyawa Raya dan Crush Next Door.

12. Selain itu, Nelydia juga pernah terlibat dalam filem Cinderella dan Mat Tudung.

13. Beliau meraih trofi kategori Favourite Fuyoo Actress di Anugerah Astro On the Go Fans Choice 2013, Bintang Filem MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2015 dan Hero & Heroin Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.