Uncategorized

“Tutup aurat pun gagal..”- Baru Je Ckp Kat PU Syed Tak Matang, Sekali PU Syed Sekolahkn Buat Nabila Terkedu

Pendakwah bebas PU Syed tampil memberi respon berhubung pandangan pelakon Nabila Huda yang mengatakan cadangan untuk membatalkan konsert artis antarabangsa di Malaysia sebagai tindakan kurang matang.

Menerusi kemas kini terbaharu di laman TikTok, Syed membidas kenyataan Nabila dan menjelaskan bahawa kematangan seseorang itu sebenarnya terletak kepada kefahaman mereka terhadap Allah S.W.T.

Malah, Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberitahu hidup manusia di dunia ini bukanlah satu lakonan, sebaliknya sebuah ketetapan daripada-Nya.

“Terima kasih kepada Puan Nabila Huda kerana mengatakan saya tidak matang dalam memberikan pandangan isu bantahan kedatangan artis antarabangsa ke Malaysia.

“Pertama saya ingin katakan, kematangan seseorang itu terletak kepada kefahaman mereka tentang perintah dan larangan Allah S.W.T. “Mungkin Nabila terlebih matang dalam memahami tuntutan Allah sehingga masih lagi gagal dalam menutup aurat kecuali dalam lakonan. “Hidup kita bukan satu lakonan, malah hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang harus kita laksanakan dan ada larangan Allah yang perlu kita tinggalkan di atas dunia ini,” jelas Syed.

Dalam pada itu, Syed turut menegaskan bahawa dia akan terus menentang perkara tersebut yang dikhuatiri bakal menjadi punca kemaksiatan kepada Tuhan. Malah, Syed sempat menasihati Nabila untuk bermuhasabahkan dirinya. “Saya akan pertahankan daripada segala kemungkaran yang akan berlaku dalam Malaysia. Saya tidak mahu hal itu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah.

“Andai Puan Nabila anggap tantangan saya ini sebagai tidak matang, mohon muhasabah diri puan, jangan meludah kelangit, takut terpercik pada muka sendiri,” tambah Syed. Terdahulu, Syed menyatakan bantahan terhadap konsert artis antarabangsa yang bakal diadakan di Malaysia. Malah menurutnya, acara sedemikian bakal membawa budaya hedonisme kepada rakyat di negara ini. Sementara itu, Nabila pula menerusi ciapan di Twitter menyatakan lebih banyak hal negara yang perlu diberi keutamaan berbanding isu konsert artis antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.