Uncategorized

“Ya, hanya yg cekal dan tabah dapat membina kejayaan”-Tun M Ulas Kejayaan Khairulaming Buat Ramai Bangga

PERSONALITI media sosial Khairulaming melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan apabila mengumumkan pembukaan kilang sambal keduanya pada Selasa.

Menurut pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu, perniagaan sambal yang diusahakannya sejak awal 2021 mencapai jualan mencecah RM14 juta.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir tampil memuji usaha yang di tunjukkan oleh Khairul Aming sehingga dapat membuka kilang sendiri. Berikut perkongsian dari Tun M

“Saya ikuti kisah Khairul Aming yang dahulunya seorang content creator resepi ringkas memasak hingga dapat sambutan luar biasa dan buka kilang sambal sendiri.

“Syabas anak Melayu yang berani keluar dari kepompong keselesaan. Semoga menjadi inspirasi buat anak-anak muda lain.

“Ya, hanya yang cekal dan tabah dapat membina kejayaan.

“Tahniah Aming!”-Tulis Tun M

Setakat artikal ini di tulis, posting dari Tun M telah mencecah 15 ribu tanda suka, dan sebanyak 359 perkongsian

Reaksi netizan

“Melayu mmg rajin Tun. Ramai lagi cuma bukan dr kalangan yang sentiasa diviralkan, tp usaha/perniagaan mereka Alhamdulillah hebat!”

Satu tak cukup, Khairulaming buka kilang Sambal Nyet kedua di Kota Bharu… Jualan cecah RM14 juta

“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.

Kilang sambal Khairulaming akan memulakan operasi tidak lama lagi.

“Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.

“Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya,” ujarnya.

Menurut Khairulaming, kilang baharu berkeluasan 22,000 kaki persegi yang terletak di di Kota Bharu, Kelantan itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

Dia turut memberi bayangan bahawa kilang itu akan menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk keduanya kelak.

“Ini satu milestone yang aku sendiri tak boleh terfikir masa mula-mula nak launch sambal ni dulu. It’s been a long journey and i’m happy boleh berkongsi rezeki dengan orang lain juga.

“Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti.

Dulu bermula dengan 200 botol sehari, sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari.

“Thank you so much kepada semua yang menyokong dari awal launching dulu sampai ke hari ni. Thank you for being part of the journey. Will keep you guys updated on the upcoming progress,” ujarnya.

Dalam posting sama, Khairulaming sempat mengimbas semula perjalannya dalam perniagaan sambal yang bermula pada Januari tahun lalu.

“Awal Januari tahun lepas kita bermula dengan 10,000 botol semasa first launching. Time ni sangat huru-hara, nak packing 10,000 botol ni ambil masa 10 hari. kita cuma ada space kecil sebab sewa lot kedai sebelah kedai runcit.

Khairulaming mengumumkan berita gembira itu menerusi media sosial.

“Tiga bulan kemudian kita reach jualan RM1 juta yang pertama. Sales yang kita dapat ni kita rolling untuk buka kilang pertama seluas 14,000 kaki persegi. Time ni pun kita masih blur sebab first time buka kilang. Salah beli mesin, salah set up flow, macam-macam silap kita buat.

“Bila kes Covid-19 meningkat tahun lepas, kita kurangkan production kilang sebanyak 75 peratus untuk menjaga keselamatan semua orang di kilang. Barang supplier juga banyak yang sangkut, jadi kita operate pada kadar paling minimum untuk beberapa bulan.

“Selepas kes Covid-19 dah mula pulih, kita teruskan proses renovation kilang dan bawa masuk mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Dulu bermula dengan 200 botol sehari, sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari.

Perniagaan sambal itu bermula pada awal tahun 2021.

“Pada awal tahun ni, kita menyambut ulang tahun pertama Sambal Nyet. Alhamdulillah kilang pertama dah siap 90 peratus renovation dan kita dah boleh beroperasi dengan normal. Walaupun banyak cabaran sebab ini first time kami operate kilang, alhamdulillah hari ni kita reach jualan sebanyak sejuta botol,” ujarnya lagi.

Di Twitter, ramai netizen turut menzahirkan ucapan tahniah buat Khairulaming atas pencapaian itu.

Netizen turut menitipkan doa agar perniagaan yang diusahakannya terus maju dan berkembang pesat sehingga ke peringkat global.

Biodata Instafamous Resipi, Khairul Aming (Khairul Amin Kamarulzaman)

Siapa Khairul Aming? Khairul Amin Kamarulzaman atau nama popularnya, Khairul Aming merupakan seorang selebriti masakan media sosial Malaysia.

Beliau dikenali menerusi video resepi kreatif yang dikongsi hingga menerima jumlah like dan share yang tinggi di laman Facebook serta Instagram.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman.

Menggunakan nama komersial, Khairulaming.
Berumur 28 tahun (2020).

Kelahiran Kota Bharu, Kelantan.

Bergiat sebagai selebriti masakan media sosial yang mula menghasilkan video resipi sejak tahun 2016.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @khairulaming sehingga kini mencatatkan lebih 2.5 juta pengikut.

Fakta Menarik

Lebih mesra disapa dengan nama panggilan, Aming.

Tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari, juga asalnya tidak terfikir untuk berkecimpung dalam industi makanan dan minuman (F&B).

Terkenal dengan sikap peramah, mulut ‘becok’ dan jenakanya.

Video tutorial masakannya disifatkan ramai sebagai unik dan lain daripada yang lain kerana menyelitkan unsur drama dan komedi.

Meminati bidang masakan sejak kecil serta gemar menonton program masakan untuk mencuba resipi-resipi yang mudah dan sedap.

Membuat video tutorial masakan sekadar suka-suka untuk memenuhi masa lapang selepas pulang dari kerja.

Menghasilkan video dengan melakukan kesemua tugasan merangkumi kerja merakam, menyunting video serta menjadi chef – dalam masa sama beliau turut mendapat bantuan daripada empat orang rakannya.

Juga aktif menghasilkan filem pendek, video perkahwinan, pengembaraan serta muzik video untuk kumpulan indie.

Video tutorial masakannya kelihatan seperti kerja profesional dan berkualiti bak sebuah rancangan televisyen dan bertaraf antarabangsa. Manakala resipi yang dikongsi pula setaraf selebriti!

Tontonan video masakan di Instagramnya mencecah sehingga angka jutaan bagi setiap video, selain tular di laman Facebook dan Twitter.

Projek ’30 video masakan untuk 30 hari puasa’ kendaliannya merupakan antara yang paling dinantikan netizen setiap tahun apabila menjelangnya Raya Aidilfitri sejak tahun 2018.

Antara juadah yang dihasilkan merangkumi main dish, minuman dan pencuci mulut (desserts), seperti daging masak lada hitam, ayam madu, mango bingsu, ayam tandoori, cupcake pisang karamel dan banyak lagi.

Ada juga antara resipinya yang tidak menjadi kerana hakikat dirinya yang bukanlah seorang chef serta tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang masakan, hanya berbekalkan minat mendalam untuk mempelajari pelbagai resipi bagi diketengahkan kepada umum.

Asalnya pengikut Instagram beliau hanya sekitar 800, namun selepas penghasilan video resipi kini mencecah 2.5 juta pengikut!

Video resipi pertamanya adalah hidangan muffin telur.

Di kalangan rakan-rakan, beliau dikenali sebagai seorang yang amat ceria, walaupun pada yang tidak mengenali barangkali beranggapan dia seorang yang pemalu seawal perkenalan.

Personalitinya di Instagram adalah perwatakannya yang sebenar dalam dunia nyata!

Tiga perkataan yang menggambarkan resipi dikongsinya adalah – “mudah, sedap dan menyelerakan!”

Terkenal dengan dua tagline iaitu ‘Dapur Lonely’ dan ‘Hey what’s up guys’.

Kerjayanya sebagai ‘tukang masak dalam talian’ dikatakan bertitik tolak daripada minat yang mendalam terhadap dunia masakan, digabungkan dengan kemahiran videografi dimiliki.

Rakaman video dibuat menggunakan peralatan asas seperti tripod, kamera digital refleks lensa (DSLR) dan lampu untuk pencahayaan.

Mendapat idea resipi daripada internet, sebelum mengubah resipi asal tersebut untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di dapur.

Kebanyakan resipi yang dikongsi merupakan resipi yang pernah dicubanya sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dahulu.

Resipi yang dipaparkan bersifat mudah supaya senang dipelajari umum dalam tempoh masa yang singkat.

Menyentuh kehidupan peribadi, beliau menempuh episod pahit apabila bapanya menghembuskan nafas terakhir pada Mac 2020.

kredit: FB Tun M, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.