Uncategorized

Ainul Aishah Selamat Bernikah, Pekerjaan Suami Tarik Perhatian Ramai

Pelakon, Ainul Aishah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Khalid Redzuan, pada Ahad lalu. Tahniah!

Dengan sekali lafaz

Dengan sekali lafaz, pelakon drama bersiri Akadku Yang Terakhir akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 37 tahun dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.

Di Instagram, Ainul berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik beberap foto semasa majlis pernikahan mereka berlangsung.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas berkat doa semua urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya. I am so thankful for everything, I am finally a wife to the most loving manT

Tambah Ainul, kehadiran keluarga dan rakan-rakan membuatkan majlis akad nikah yang berlangsung pada Ahad lalu lebih bermakna. Selain itu, Ainul turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan hari bahagianya.

I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day. This memories will last forever in my heart and i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one

Terdahulu, Ainul Aishah Azizun atau lebih dikenali sebagai Ainul dan Khalid Redzuan telah bertunang pada Mac tahun lalu selepas menjalin hubungan cinta selama 5 tahun.

Sumber: @Ainulaishah

Leave a Reply

Your email address will not be published.