Uncategorized

Anak Tersilap Tunjuk Jari Ketika Perarakan Merdeka, Ini Permintaan Bapa

Lumpur: Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tular selepas tersilap menunjukkan isyarat ‘mini love’ ketika perarakan Hari Kebangsaan ke-65 di sini, kelmarin memohon maaf atas keterlanjuran anaknya menunjukkan isyarat jari tengah tanpa sengaja.

Lelaki itu membuat permohonan maaf itu menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, semalam.

Katanya, beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selaku bapa kepada kanak-kanak yang tersilap menunjukkan isyarat ‘mini love’ itu.

“Dia sebagai peminat bomba memang excited (teruja) sangat dapat terlibat dalam perbarisan kemerdekaan walaupun bangun pukul 5 pagi. Dari semalam (kelmarin) excited sangat dapat pakai baju bomba.

“Saya sebagai bapa tetap bangga akan keberaniannya turut serta walaupun bidan terjun,” tulisnya.

Menerusi hantaran berasingan, beliau turut memohon jasa baik netizen supaya memadam video dimuat naik di laman sosial dan menghentikan kecaman dilemparkan terhadap anaknya.

“Saya memohon sepuluh jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya.

“Mungkin dengan jasa baik sebesar ini Allah Taala memuliakan serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak dimata. Amin Ya Rabb,” tulisnya.

Sejak kelmarin, tular video kanak-kanak lelaki menunjukkan isyarat jari tengah dan bukan ‘mini love’ seperti yang sepatutnya ketika perarakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, di sini.

Aksi kanak-kanak itu disedari anggota bomba berdiri di sebelahnya yang bertindak pantas menutup tangan dan menegurnya.

Pengunjung yang hadir turut menyedarinya malah sempat merakam video aksi berkenaan.

Rakaman video itu dimuat naik di pelbagai platform laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.

Lebih mencuit hati netizen adalah apabila melihat satu lagi rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu terbaring di atas bot JBPM dipercayai kerana kepenatan.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.