Hiburan

Dituduh berpeluk dengan lelaki di khalayak, kenali siapa sebenarnya pelakon remaja Qistina Raisah

SEJAK beberapa hari lalu, tular sebuah video memperlihatkan seorang individu mirip pelakon remaja iaitu Qistina Raisah yang sedang berpelukan dengan seorang lelaki di khalayak ramai.

Tampil membersihkan namanya, Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 14, menyangkal individu dalam video berkenaan adalah dirinya seperti mana hebat diperkatakan ketika ini.

“Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif dia memuat naik video berkenaan… tapi itu bukan saya!

“Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan ‘adakah ini budak yang lupa password telefon’, yang itu memang saya… tapi dalam video itu bukan saya,” katanya.

Qistina Raisah kemana-mana bersama ibu.

Qistina membuat penjelasan itu menerusi akaun TikTok miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Qistina juga menegaskan dia tidak pernah keluar bersendirian sebaliknya sentiasa ditemani oleh ibunya termasuk sekiranya keluar bersama teman lelakinya.

Jelas pelakon drama Felina itu, disebabkan itu juga dia tidak mungkin melakukan perkara sedemikian seperti didakwa.

“Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya… kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri. Saya masih ada mak dan aya, anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri.

Saya tidak tahu apa motif dia memuat naik video berkenaan… tapi itu bukan saya!

“Kalau orang nampak saya pergi ‘dating’ ke, mesti ada mak saya sekali,” jelasnya.

Sementara itu, Qistina yang juga personaliti media sosial turut menasihati agar pihak yang cuba menabur fitnah kepadanya agar insaf daripada terus melakukan perkara sia-sia.

Qistina Raisah minta netizen jangan sibuk hal orang.

“Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan mempercayainya dan menyebarkan kepada orang lain.

“Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut,” katanya.

Hasil carian mStar turut mendapati, pengguna TikTok yang memuat naik video berkenaan telah pun memadam rakaman itu selepas Qistina tampil membuat penjelasan.

Siapa Qistina Raisah? Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri atau nama popularnya, Qistina Raisah merupakan seorang pelakon dan model remaja Malaysia yang pernah dikenali menerusi watak Alisya dalam drama Papa Ricky dan sebagai ‘Tengku Aqilah’ dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri.

Menggunakan nama komersial, Qistina Raisah.

Berumur 13 tahun.

Lahir pada 1 Disember 2008 di Sepang, Selangor.

Membesar di Seremban, Negeri Sembilan.

Anak kepada pasangan Mohd Kamarol Azri (bapa) dan Roszana Aminuddin (ibu).

Anak bongsu dalam keluarga. Mempunyai lima orang adik beradik yang mana tiga daripadanya adalah lelaki dan dua lagi perempuan.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2012 sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama dibintanginya seperti Tanah Kubur, Geng UPSR, Papa Ricky, Syurga Yang Kedua, Lafazkan Kalimah Cintamu, Camelia dan Isteri Misteri.

Termasuk telefilem Jahil, Baby Bro, Detektif Daniel, Ketupat Untuk Ariana, Nana Dan Jam Atok, Raya Kali Ini, Kembara Cinta dan banyak lagi.

Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Kelibat, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng dan Felina.

Pengguna Instagram (IG) atas nama akaun @qistinaraisah08 yang mempunyai lebih 970,000 pengikut.

Fakta Menarik

Memulakan karier seni lakonan sejak berumur empat tahun.

Menjadikan pelakon Siti Elizad yang dipanggilnya ‘Mommy Ijad’ sebagai inspirasi dalam bidang lakonan, selain ingin menempa kejayaan bak aktres Neelofa.

Selain bercita-cita meneruskan kerjaya sebagai pelakon, beliau juga menanam hasrat untuk membuka kedai kek.

Tidak gemar membeli barang berjenama, sebaliknya suka menyimpan pendapatan yang ada untuk tabungan masa hadapan.

Pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi remaja, Zaki Yamani dan Coki Tiktok.

kredit: mstar, https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.