Amalan

Enam Laporan Polis ke Atas Pendakwah Selebriti, Ini Ulasan Imam Muda dan Peguam Buat Ramai Setuju

Polis sudah menerima enam laporan polis setakat ini ke atas seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan kes jenay4h amang seksu4l terhadap remaja lelaki.

Empat laporan polis dibuat di Selangor manakala dua lagi dibuat mangsa di Negeri Sembilan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan pernah mengikuti program motivasi bersama suspek berusia 40-an itu sebelum ini dan daripada situ mereka saling mengenali.

“Malah selepas program terbabit mereka masih berhubung apabila suspek mengajak keluar bersama dan pernah menjemput mangsa datang ke rumahnya.

“Suspek juga difahamkan pernah ke rumah mangsa dan hubungan itu bertambah akrab sebelum remaja terbabit menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh selebriti berkenaan,” katanya.

Respon JAIS Mengenai Dakwaan Amang Seksu4l Selebriti Terkenal

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) difahamkan sudah sedia maklum mengenai kes yang membabitkan pelajar-pelajar tahfiz itu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes yang sedang disiasat tersebut.

Berikut ulasan peguam

“Bila mendengar berita ada lagi selebriti yang berdakwah ditahan untuk tujuan siasatan, kecewa perasaannya.

“Kecewa kerana kepercayaan diberikan itu, umpama disiat-siat. Kemudian datang pula hujah bahawa suspek difitnah dan begitulah dugaan dan ujian kepada mereka kerana menyebarkan dakwah.

“Perlu faham proses sebelum tangkapan dibuat, tangkapan bukan dibuat membuta tuli tanpa sebarang bukti.

“Perlu ada laporan mangsa, polis ambil keterangan mangsa, polis selidik dan kaji bukti. Kalau kes pukul, dihantar dahulu untuk semakan laporan perubatan, sama ada terdapat kecederaan. Kalau dirogol, mangsa dihantar dahulu untuk diperiksa melalui proses klinikal forensik.

“Jika terdapat bukti dan tertakluk kepada kesalahan berdasarkan seksyen, pihak polis ingin meneruskan siasatan lanjut. Maka suspek akan ditahan untuk siasatan.

“Penahanan bukan, misalnya tiba-tiba ada seorang jiran yang lama berdendam dengan jiran sebelah melaporkan dia dipukul dan dirogol oleh jiran sebelah. Selepas 10 minit buat laporan, terus ada tangkapan.

“Bukan begitu. Ada prosesnya.

“Kesalahan amang seksu4l atau s3xu4l assault terhadap kanak-kanak di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksu4l terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), terbahagi kepada fizikal dan bukan fizikal.

“Bermakna melakukan amang seksu4l itu tidak semestinya menyentuh tubuh badannya tetapi juga secara bukan fizikal. Misalnya dalam Seksyen 15 Akta ini, apabila menghantar perkataan, bunyi, isyarat, imej luc4h atau jelik kepada seseorang kanak-kanak sama ada secara berhadapan atau atas talian.

“Selain itu menghantar video-video lucah atau menyuruh kanak-kanak melakukan aktiviti bersifat seksu4l atau mengugut menggunakan gambar kanak-kanak itu untuk disebarkan. Ini semua adalah kesalahan amang seksu4l terhadap kanak-kanak.

“Hukuman bagi amang seksu4l ini adalah berat. Bagi sentuhan fizikal, penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Bagi bukan fizikal, penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Lebih berat terhadap mereka yang ada hubungan amanah misalnya ibu, bapa, pengasuh, guru, jurulatih dll yang diperuntukkan bawah Seksyen 16 Akta yang sama. Terdapat tambahan maksimum 5 tahun penjara atas hukuman asal dan sebatan tidak kurang 2 sebatan bagi mereka yang mempunyai hubungan amanah yang melakukan perbuatan jijik ini.

“Kadang-kadang, pelaku menggunakan alasan anggapan umur. Ini pembelaan yang biasa bagi mengelakkan beban kesalahan. Walhal telah melakukan perbuatan yang jijik dan bertentangan dengan agama. Cuba untuk menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari.

Akta 792, ini jelas memperuntukkan bahawa anggapan umur bukanlah merupakan pembelaan.

“Kalau percaya, jangan sehingga taksub dan disamakan mereka sebagai orang yang maksum. Anggapan begini, menyebabkan ramai pemangsa kebal. Mereka berselindung di sebalik imej baik dan agama kerana mereka tahu bahawa mangsa tidak mungkin beroleh kepercayaan. Secara tidak sedar, kita sendiri yang melahirkan makin ramai pemangsa ini.

Oleh Nor Zabetha

Kasihan pendakwah lain, nama terpalit

Pendakwah bebas yang juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli, 37, menyifatkan apa yang berlaku ke atas beberapa ‘ustaz selebriti’ yang terkait dengan isu tidak bermoral ketika ini adalah ujian hidup masing-masing.

Hassan atau nama sebenarnya, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 37, berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka dikenali dan dihormati masyarakat dengan status agamawan digalas.

“Isu ini sensitif. Malah, ada antara kes masih dalam siasatan pihak polis dan perbicaraan undang-undang. Tapi, kalaulah betul berlaku, pada saya perkara itu tidak sepatutnya dibuat. Apatah lagi, ia membawa nama ‘orang dikenali’.

“Walaupun apa yang berlaku itu adalah ujian hidup, tapi apabila pelaku dikenali semestinya ia juga terpalit sama pada orang lain yang turut akan dipandang serong. Umpama pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Hassan yang kini aktif berdakwah di media sosial seperti Facebook dan Instagram serta sesekali muncul di televisyen berkata, golongan pendakwah sewajarnya berhati-hati dalam tindakan.

Katanya, dosa kepada Allah SWT itu tetap berdosa, tapi sepatutnya tunjukkan yang baik kepada masyarakat.

Mengakui dia juga terkesan akibat terkena tempias daripada isu yang muncul, Hassan berkata, situasi menjadi besar kerana ‘title’ agama yang digalas itu.

HASSAN Adli. FOTO Arkib NSTP

“Jadi, apabila berlaku perkara-perkara sebegini (terkait isu tidak bermoral) ia akan boleh memberi kesan kepada persepsi masyarakat. Tapi tidak semua pendakwah selebriti bersikap begitu (tidak bermoral). Ramai lagi yang baik-baik dan boleh dijadikan contoh.

“Apapun, kisah-kisah kehidupan sebegini sebenarnya sudah ada diceritakan di dalam al-Quran dan kita semua harus mengambilnya sebagai iktibar serta pengajaran. Bahkan, cerita-cerita Al-Quran itu relevan hingga ke hari ini.

“Antaranya, kisah pada zaman Nabi Musa ada orang yang sangat baik dan doanya mustajab, tapi akhirnya dia mati dalam keadaan mengerikan sebab terpesong. Begitu juga, kisah kaum Nabi Luth, dah ada hari ini. Termasuk kisah Firaun. Walaupun hari ini tak ada orang nama Firaun tapi watak Firaun itu ada dalam diri,” katanya.

Muka depan Harian Metro hari ini melaporkan berkenalan sewaktu mengikuti program sesi motivasi sebelum dipujuk dan paksa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Itu antara hasil siasatan awal polis membabitkan seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan empat laporan polis kes jenayah perbuatan seksual terhadap empat remaja lelaki.

Difahamkan suspek lelaki berusia 40-an terbabit sudah ditahan polis Khamis lalu, susulan laporan dibuat beberapa mangsa membabitkan remaja sekolah.

Sumber berkata, mangsa kes amang seksual fizikal terbabit mendakwa diarah melakukan perbuatan tidak senonoh oleh suspek yang pernah menyertai program realiti agama sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata setakat ini, Polis Kontinjen Selangor menerima empat laporan polis iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, satu di IPD Shah Alam dan satu di IPD Kajang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, semua laporan polis itu dibuat oleh empat individu berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang penceramah bebas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

kredit: hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.