Uncategorized

“‘Honeymoon’ pun belum sempat” – Baru 2 Bulan Kahwin, Tak Sangka Danial Zaini Mula Ceritakan Perkara Ni

Pejam celik sudah dua bulan pelawak Danial Zaini mendirikan rumah tangga dengan isterinya Yasmine Umaira pada 2 Julai lalu.

Memetik mStar Online, berkongsi mengenai kehidupan selepas berkahwin Danial berkata masih lagi proses mengenali antara satu sama lain memandangkan sebelum ini bercinta jarak jauh.

“Dua bulan berkahwin masih proses kenal, mungkin ada yang tak tahu kita orang jarang jumpa PJJ, so bila duduk rumah dia punya vibe, bila kau bangun pagi bini kau ada dekat sebelah.

“Bila balik bekerja, eh bila aku berbini, nak cakap pun agak awkward sebab kita jarang jumpa. Tapi dah dua bulan kahwin dan boleh adapt,” katanya.

Menurut Danial lagi, dia dan isteri masih belum berkesempatan untuk pergi berbulan madu kerana sibuk dengan jadual kerja.

Ditanya mengenai soal cahaya mata, Danial berkata mereka tidak membuat family planning untuk anak pertama dan menunggu rezeki.

“Rancangannya nak pergi berbulan madu hujung tahun ini tapi tengok pada jadual saya macam mana. Untuk ada anak pertama kami tiada perancangan. Kami cuba je, kalau tembakan dan lepas itu kena cantik. Ada la tu,” katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Terdahulu Danial dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid dan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77.

Selain itu, Danial, 29, turut menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada Yasmine, 29.

Pada majlis tersebut, Danial menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.

Mereka mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.