Hiburan

KJ Beritahu Najib Sudah Stabil, Tempat Yang Dia Akan Dihantar Selepas Ini Di Beritahu

REMBAU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras dan dihantar semula ke Penjara Kajang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Najib sudah dibenarkan keluar pada pukul 3.20 petang tadi dan berada dalam keadaan stabil.

“Datuk Seri Najib dirujuk kepada hospital sebab beliau mengadu tentang tahap kesihatannya.

“Beliau sudah pun diberi rehabilitasi dan sekarang ini, pandangan pakar adalah beliau sudah bersedia dalam keadaan yang stabil untuk discharge (daftar keluar).

“Dalam Kementerian Kesihatan ni, kami mendengar pandangan pakar, saya tidak boleh campur tangan, kalau pakar sudah kata Datuk Seri Najib sudah bersedia untuk discharge, maka discharge lah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Najib berada di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan lanjutan pada 19 September lalu.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaannya yang tidak memuaskan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Butiran status kesihatan Najib: KKM terikat Akta Perubatan

Kementerian Kesihatan (KKM) hanya boleh mengemukakan laporan perubatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mahkamah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, ia selari dengan tanggungjawab KKM untuk mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit yang mana sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah, sekiranya diarahkan berbuat demikian.

“Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah).

“Namun pada masa sama, KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar di media sosial dakwaan mengatakan layanan istimewa diberikan terhadap Najib yang dirujuk dengan nama ‘Kod Merpati’.

Dakwaan itu antaranya membabitkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib selain laporan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lalu dan Hospital Rehabilitasi Cheras semalam keranamasalah kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata, Najib dihantar ke HKL untuk mendapatkan rawatan perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu.

Jelasnya, ia berikutan keadaan kesihatannya tidak memuaskan dengan menegaskan tindakan itu selaras dengan Seksyen 37 Akta Penj4ra.

KREDIT: BHARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *