Uncategorized

Pernah Putus Cinta Selama Empat Bulan, Raysha Rizrose Umum Berita Gembira. Pekerjaan Kekasih Dia Bukan Biasa2

Pelakon Raysha Rizrose sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya, Nabil Jeffri yang merupakan seorang pelumba kereta Formula 3.

Pernah putus sekali

Menurut Raysha, 26, dia mula menjalinkan hubungan percintaan sejak 10 tahun lagi, ketika mereka di sekolah menengah.

Akui Raysha, dia pernah sekali ‘putus cinta’ selama empat bulan kerana tuntutan karier kekasihnya yang lebih banyak berada di luar negara.

Katanya, hubungan mereka kembali berpaut selepas Nabil, 29, berjaya memujuknya.

Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.

Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan.

Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya.

Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk. Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan.

Raysha berkata demikian sejurus usai acara pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di Shangri-La Hotel Boutique, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pereka fesyen tersohor, Rizman dan Ruzaini memperkenalkan Raysha sebagai ‘muse’ untuk rekaan mewah mereka yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Nak rasa pengalaman darah manis

Biarpun sering diasak dengan soalan kahwin, namun pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz menyatakan dia langsung tidak terganggu dan stres kerana menunggu waktu yang tepat.

Sebelum ini, ada yang bertanya mengenai soal itu (kahwin), namun ia tidak membuat saya berasa tertekan. Sebab saya percaya, bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.

Kini saya rasa detik itu sudah sampai, maklumlah, umur setiap tahun meningkat. Alhamdulillah saya dah capai apa yang diinginkan, kakak-kakak sudah berkahwin. Jadi, inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup.

Dalam pada itu, juara Dewi Remaja 2014/2015 menyatakan dia ingin merasai proses merisik, bertunang dan akhirnya bernikah.

Bercakap tentang perkahwinan impian, pelakon drama Dia Menantu Rahsia menginginkan majlis yang tidak terlalu mewah, tetapi meriah dengan kehadiran keluarga, saudara mara serta kenalan rapat.

Rekaan Rizman Ruzaini jadi pilihan Raysha untuk persalinan di majlis perkahwinan.

Biodata Raysha Rizrose

Naman penuh: Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz

Tarikh lahir: 22 Jun 1996

Umur: 21 tahun

Tempat lahir: Subang Jaya, Selangor

Warganegara: Malaysia

Nama lain: Raysha, Dada

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan: Pelakon dan model

Tahun aktif: 2015 sehingga kini

Ketinggian: 1.70 meter (5 kaki 67⁄8 inci)

Berat: 44 kg

Ibu bapa: Mohd Fariz (bapa) dan Rosmizai Mohd Noor (ibu)

Saudara: Nelissa Senrose (kakak kandung) , Uqasha Senrose (kakak kandung), Nelydia Senrose (kakak kandung), Danitra Rizrose (adik tiri), Qirana Rizrose (adik tiri), Arjuna Rizrose (adik tiri), Ramada Manrose (sepupu belah ibu), Octovia Manrose (sepupu belah ibu), Aprena Manrose (sepupu belah ibu) dan Rosnah Mohd Noor (ibu saudara).

Pencapaian : Dewi Remaja 2014/15 (Juara)

Drama: Isteriku Miss Sally (TV1), Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (TV3), Apa Dah Jadi (TV2), Pendosa Ingin ke Syurga (TV3), Misi Laksa & Laksam (TV3) dan Zahir Tak Terucap (TV3)

Media sosial: Instagram @raysharizrose dan Twitter @raysharizrose

Fakta menarik

1. Merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.

2. Bapanya berketurunan Cina Indonesia dan ibunya berketurunan Thailand.

3. Ketika berada di bangku persekolahan, beliau aktif dalam pertandingan pidato dan debat.

4. Bergelar juara termuda pertandingan Dewi Remaja (2015) mengalahkan finalis lain iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Mimi Lana dan Mawar Rashid.

5. Watak Yuhanis dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3 berjaya menjadi batu loncatan kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.

6. Filem pertamanya ialah Dukun Doktor Dani pada tahun 2016.

Sumber: Instagram @rizmanruzaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *