Uncategorized

Peserta Slumber Balas Komen Juri, Ini Kata2 Padu Datuk Ramli MS “Bunyi Tak Pernah Menipu…”

Juri tetap Gegar Vaganza (GV), Datuk Ramli MS mendedahkan dia bersama dua juri tetap GV9 iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sepakat untuk memberikan komen berkaitan apa yang dipersembahkan para peserta sahaja.

Ramli berkata, perkara tersebut dilakukan bagi memastikan setiap komen yang diberikan dapat memberikan input baik kepada bintang bertanding.

“Saya sudah berbincang hal ini dengan rakan juri lain iaitu jangan menilai kepada apa yang penyanyi atau peserta itu tidak buat.

“Jadi profesional daripada segi kalau dia cakap bulat, kau cakap empat segi, ia tidak berkaitan. Jadi kalau dia cakap bulat, kita pun komen bulat, peserta tidak boleh sangkal.

“Bunyi tidak pernah menipu. Jadi penyanyi pun jangan ‘merepek’ atas pentas. Pada masa sama, juri kena hormati peserta yang pandai menyanyi. Kalau dia salah, kita cakap salah.

“Sekiranya dia ada bantahan, kita ‘playback’ balik persembahannya. Begitulah. Akan tetapi melihat kepada GV, saya sebagai ketua juri dan pengarah muzik, setiap Jumaat kita sama-sama berlatih dan beri nasihat,” katanya kepada MH.

Maestro muzik berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media GV9 yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.

Mengulas barisan peserta GV edisi terbaharu, Ramli menyifatkan bintang yang bertanding mempunyai kehebatan tersendiri.

“Sengit…Sangat sengit. Ramai ‘fighter’ dalam penyertaan tahun ini. Bagi saya mereka sudah ada kualiti seorang penyanyi.

“‘Parang’ diaorang memang ‘tajam’. Tinggal lagi, bagaimana mereka untuk menggunakan ‘parang’ itulah.

“Penonton akan mendengar nyanyian mereka setiap minggu. Akan tetapi sebagai juri, kita akan tapis dan berbincang dari segi persembahan.

“Usah terlalu nak ‘go’ siling sangat. Sebab ada 10 minggu. Sebagai pengarah muzik, saya akan tapis perkara itu. Nanti siling mereka akan habis. Kita manusia, ada had,” katanya lagi.

Kali ini, 13 penyanyi bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini yang terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.

Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Memperkenalkan duo pengacara GV musim terbaharu!

Gandingan mantap duo menyengat Elly Mazlein dan Nabil Ahmad pasti akan menghangatkan lagi pentas GV kali ini.

Gegar Vaganza 9 suntik elemen baru untuk kekal relevan

Program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kali ini mempertaruhkan beberapa artis yang muda dan masih aktif. Alasan Astro, mereka tidak mahu kekal dengan format yang statik.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan itu berdasarkan post mortem peserta tahun lalu yang menampilkan Allahyarham Adibah Noor.

“GV9 tak boleh terlalu statik dengan format Gegar Vaganza sedia ada. Kami harus menyuntik muka-muka baru begini untuk kekal relevan.

“Untuk post mortem tahun lalu kami kenalkan arwah Adibah dan dapati sambutan penonton amat menggalakkan.

“Selama sembilan tahun Gegar Vaganza tampilkan lebih 100 peserta, bermaksud kami telah bagi peluang untuk lebih 100 orang ini kembali menyengat,” ujarnya.

Raqim berkata demikian pada majlis pengumuman GV9 di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 13 peserta bakal memberi saingan hebat bagi merebut gelaran juara musim ini iaitu Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah berentap bagi merebut gelaran juara.

Penyanyi seperti Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Hasrul Nizam turut tercalon sebagai peserta GV9 kali ini.

Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpulan VE.

Gegar Vaganza musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Ramli MS, Syafinaz Selamat dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.

Jihan Muse yang sering mengacarakan Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad sebelum ini bakal mempunyai pengganti ekoran baru saja bersalin bayi keduanya baru-baru ini.

GV9 akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi) diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV8) dan Aliff Aziz (GV9).

kredit: mh

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.