Entertainment

“Sangat cantik”-Fazura Terima Hadiah Kurniaan DYMM Sultan Selangor & Tengku Permasuri

Pelakon dan usahawan popular, Fazura melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah potret dirinya sekeluarga daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Alhaj dan isteri, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menyifatkan kurnian hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya,” tulisnya pada kapsyen.

Kehadiran Fazura ke Istana DYMM Sultan Selangor turut ditemani suaminya, aktor Fattah Amin, 32, dan anak perempuanya, Nur Fatima Aisya, 2.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi beberapa foto lain di Instagramnya buat tontonan umum.

Sementara itu, ruangan balas milik aktres cantik itu dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan kalangan peminatnya.

Terdahulu, umum sedia maklum, Fazura mempunyai hubungan baik dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan pernah menerima hadiah seperti syiling emas, beberapa naskhah buku dan rantai berlian untuk Fatima daripada Baginda Tengku Permaisuri.

Bodyguard & Jam Tangan Fazura Jadi Bualan, Peminat Dakwa Jenama Patek Philippe Cecah 4 Juta?

selepas mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR), Nur Fazura sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tular koleksi jam tangan milik selebriti itu.

Jam mewah

Pada minggu lalu, Fazura ada memuat naik foto menyambut ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Fattah Amin bersama kenalan rapat di Instagram (IG).

Namun, bukan kemeriahan majlis yang menjadi ‘spotlight’ tetapi jam tangan mewah yang menghiasi pergelangan tangan penyanyi berumur 38 tahun itu.

Seperti sudah dijangka, netizen terlebih dahulu menyiasat harga jam tangan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sosial tersebut, jam tangan daripada jenama Patek Philippe itu dianggarkan bernilai RM4 juta.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang tidak gemar menayang kemewahan.

Ada juga yang berpendapat ibu kepada Nur Fatima Aisya layak untuk menggayakan perhiasan mewah selaras dengan usahanya bekerja mencari rezeki.

Ada bodyguard

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, peminat turut mendakwa pelakon filem Pisau Cukur ada memasang pengawal peribadi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga keselamatan Fazura.

Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.

KREDIT: ASTRO GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.