Uncategorized

Selain Shila Amzah dan Tomok. Ini Senarai 13 Finalis Gegar Vaganza musim ke-9

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan penyertaan beberapa artis hebat tanah air seperti Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah berentap bagi merebut gelaran juara.

Bakal memberi saingan hebat pada musim kali ini termasuklah Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Hasrul Nizam.

Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpulan VE.

Senarai itu diumumkan oleh pihak Astro menerusi sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Gegar Vaganza musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Bagaimanapun Jihan Muse tidak akan kembali sebagai hos bersama Nabil Ahmad ekoran baharu sahaja bersalin bayi keduanya pada Selasa.

Penggantinya bakal diumumkan pada konsert minggu pertama GV9 yang bakal berlangsung pada 18 September ini.

GV9 akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi) diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV8) dan Aliff Aziz (GV9).

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.