Hiburan

Selepas Kisah Kerja Sebagai Ejen Jualan Penapis Air Terrsebar, Faizal AF 4 Kongsi Perasaan Dia… “pernah jual roti ketika pandemik demi cari wang”

NAMA bekas juara program Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) iaitu Faizal dilihat sepi daripada dunia seni sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun Faizal atau Mohammad Faizal Ramliy, 38, kembali menjadi sebutan selepas tular video memperlihatkan dia dengan kerjaya baharunya sebagai ejen jualan bersama sebuah syarikat penapis air dan kelengkapan rumah.

Berkongsi tentang perkara itu, Faizal berkata, fasa pandemik sebelum ini memberi kesan kepada sumber pendapatannya sebagai penyanyi.

Demi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh berkenaan, Faizal pernah mengusahakan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan termasuk menjual roti.
Faizal akui tempoh pandemik menjejaskan punca pendapatan.

“Sebelum C0 vid-19 melanda, saya memang kerja sepenuh masa dengan menyanyi. Selain menerima undangan persembahan, saya juga menyanyi secara busking dengan rakan-rakan di Marang, Terengganu.

“Pandemik yang berlaku sebelum ini telah mengubah hidup ramai orang. Saya sendiri menerima kesan sehingga hilang punca pendapatan kerana tidak boleh terlibat dalam mana-mana acara persembahan.

“Untuk terus hidup dan menampung perbelanjaan keluarga, saya usahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Antara pernah saya buat ialah menjual roti,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Faizal memberitahu terkejut apabila namanya kembali tular gara-gara karier baharunya sebagai ejen jualan.

Kata Faizal, dia tidak menganggap perkara itu sebagai memalukan sebaliknya ia satu permulaan baik buatnya memandangkan dia bekerja dalam bidang pemasaran.

Untuk terus hidup dan menampung perbelanjaan keluarga, saya usahakan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya baru sahaja mula bekerja sebagai ejen jualan. Tak sangka video yang saya muat naik di laman sosial menjadi viral dan orang kembali menyebut nama saya.

“Syukur dengan respons yang diterima. Sekurang-kurangnya orang tahu saya masih lagi aktif menyanyi dan kini ada kerjaya baru,” ujarnya.

Meskipun sudah bergelar ejen jualan, Faizal menjelaskan dia tidak pernah berhasrat meninggalkan dunia seni yang amat dicintainya.

Faizal yang memulakan kerjaya di pentas AF4 berharap terus diberi peluang rakam lagu.

Faizal yang kali terakhir merakam lagu berjudul Tanpa Dirimu pada tahun 2016 berharap agar ada komposer dan pihak pengurusan artis yang berminat untuk mengetengahkan kembali dirinya sebagai penyanyi.

“Saya tidak pernah berhenti menyanyi kerana itu adalah minat sejak dahulu. Walau ada kerjaya tetap sekarang ini, saya akan terus aktif membuat persembahan.

“Diharapkan juga mana-mana syarikat rakaman atau komposer sedar bahawa saya masih ada dalam dunia seni dan sudi untuk memberi lagu baru kepada saya,” jelasnya

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.