Hiburan

“Siapa Bagi Kebenaran Bernikah?” – Bekas Isteri Dedah Perkara Ini, Buat Perkahwinan DDNK Mula Diragui?

Heboh di media sosial mengenai perkahwinan pakar Pelaburan Saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota pada Ahad yang lalu.

Pakar pelaburan yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Takpe Janji Kaya’ itu menamatkan zaman dudanya bersama seorang wanita bernama Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, yang merupakan salah seorang pelajarnya.

Bekas isteri juga ucap tahniah

Perkahwinan yang dilangsungkan Mohd nazri itu turut mendapat respon bekas isterinya, Atielia De Sams yang mengucapkan tahniah menerusi satu hantaran di Facebook.

Namun, ucapan tahniah itu seakan ingin menjelaskan ‘sesuatu’ dengan memberikan bayangan dan ‘hint’ kepada warganet.

Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama.

Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin

Sijil cerai belum dikeluarkan mahkamah?

Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada Mohd Nazri itu ada memuat naik satu status yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada ramai pihak mengenai perkahwinan pakar pelaburan saham itu beberapa hari yang lalu.

Menurut status tersebut, Atielia seperti mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah.

Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya, siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama? Perintah cerai pun belum release (dikeluarkan).

Perkongsian yang dibuat Atielia turut mendapat respon dari warganet yang menitipkan kata-kata semangat buat bekas isteri Mohd Nazri itu.

“Beza Umur 22 Tahun, Orang Kata Saya Kahwin Kerana Harta…” – Isteri Dato Dr Nazri Khan (DDNK)

Meriah dan mewah majlis resepsi Pakar Pelaburan Saham yang selalu guna tagline ‘Tak Hensem Takpa, Janji Kaya’, Dato Dr Nazri Khan atau DDNK bersama pasangannya, Datin Tuan Ernie Rossmerie Tuan Zahari ni.

Tema Beauty and The Beast dari Kayangan Gallery ini memang ‘kena’ sangat dengan maksud yang ingin disampaikan.

Tapi yang lebih menarik adalah temubual Pesona Pengantin bersama pasangan mempelai.

Bukan harta yang buat Datin Ernie ‘tersangkut pancing’ DDNK tapi…

Kredit: Facebook Atielia De Sams

Leave a Reply

Your email address will not be published.