Entertainment

“Tadak Jalan Lain Ke”, Sampai Terkejut Dato Awie Tengah Nyanyi Ada Tiga Wanita Bertudung Naik Pentas

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi rock, Dato’ Awie. Namanya cukup popular dari era 1990-an hinggalah kini. Sebut je namanya pasti ramai yang terbayangkan kepaduan suara nyanyian Dato’ Awie.

Apatah lagi apabila berpeluang menyaksikan nyanyian Dato’ Awie secara langsung, pastinya lebih gempak dan puas. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan persembahan Dato’ Awie di salah sebuah majlis telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, dalam rakaman itu dipaparkan Dato’ Awie berada di atas pentas sedang membuat persembahan. Namun secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian polis dan dua wanita naik ke atas pentas.

Ingatkan mereka mahu buat apa, rupa-rupanya nak lalu sahaja. Tapi perbuatan ‘aneh’ ketiga-tiga mereka ini membuatkan ia menjadi perbualan ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman persembahan Dato’ Awie ‘terganggu’ dengan tiga orang ini:

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah reaksi Dato’ Awie sedang menyanyi seakan terkejut dan tergamam dengan kelakuan individu terbabit. Memang aneh juga sedang nyanyi tiba-tiba ada pula yang boleh lalu atas pentas begitu.

Perkongsian rakaman Dato’ Awie tengah nyanyi dan terkejut dengan kejadian tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 26 ribu likes. Apa-apa pun orang ramai berpendapat ketiga-tiga orang tersebut tiada adab.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman Dato’ Awie tengah nyanyi dan terkejut dengan kejadian ini:

“Lupa terus nyanyi lagu apa tadi”

“Dah macam orang berkaraoke kat tempat kenduri kawin pulak awie. Tengah nyanyi orang lalu hahaha”

“Ingat kat jalan raya ke jenis ikut suka tahan keta sebab beri laluan ke VIP. Sampai ke tengah konsert pun sama”

“Terkejut Dato Awie”

Konsert Riuh Sokmo ikut syarat PBT

Penganjuran Konsert Riuh Sokmo! di Stadium Mini Ketereh malam tadi diangggap menepati syarat ditetapkan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Malah ia juga selari dengan dasar kerajaan negeri, Membangun Bersama Islam antaranya melaksanakan pengasingan lelaki, perempuan dan keluarga.

Konsert tersebut menampilkan artis terkenal termasuk Ramli Sarip, Awie, dan Faizal Tahir serta artis tempatan. Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) dianjur Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Penghulu Mukim Lachang, Adlan Ismail berkata, persembahan artis pada Konsert Riuh Sokmo dianggap tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan.

Katanya, konsert itu sepatutnya berlangsung tiga malam, namun pada hari Jumaat konsert tidak diadakan sebagai menghormati peraturan kerajaan negeri.

“Konsert hanya diadakan malam tadi dan malam semalam biar pun program itu dijadualkan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat.

“Berdasar pemerhatian saya pengunjung diasingkan mengikut mengikuti Enakmen Hiburan, cuma ada segelintir pengunjung yang enggan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya di sini.

Adlan juga berkata, usahasama K-KOMM menerusi Kumpulan Mycreative Sdn Bhd (MyCreative) dapat menarik pengunjung sehingga 20,000 orang dalam misi jelajah ke seluruh negara. Dan Kelantan merupakan edisi keempat.

Menurutnya juga penganjuran konsert seperti itu memberi peluang rakyat Kelantan untuk berhibur dengan mengikuti peraturan ditetapkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun beliau mencadangkan penganjuran konsert seperti itu perlu ditambah baik termasuk menempatkan pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mepastikan pengunjung mematuhi peraturan ditetapkan termasuk berpakaian menutup aurat, asing lelaki dan perempuan.

Lokasi tempat berlangsung konsert Riuh Sokmo penuh sesak dengan kehadiran orang ramai sehingga deretan kenderaan boleh dilihat di kiri kanan jalan di Pekan Ketereh. – HARAKAHDAILY

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published.