Hiburan

Timbul Dakwaan Ratu Elizabeth Keturunan Nabi, Ini Penjelasan PU Rahmat

Berita kemangkatan Ratu Elizabeth telah disahkan pada jam 6.30 petang semalam (waktu tempatan). Sebelum ini, mendiang Ratu Elizabeth II dilapor mengalami masalah kesihatan yang merosot sehingga perlu berada di bawah pengawasan pihak perubatan istana.

Ekoran berita kamangkatan baginda, difahamkan seluruh UK akan melalui tempoh berkabung selama 10 hari sebagai tanda penghormatan terakhir buat baginda.

Namun timbul dakwaan mengatakan Ratu Elizabeth kononya dari keturunan Nabi, Pu Rahmat tampil membuat penjelasan

Ratu Elizabeth keturunan Nabi? 

“Telah tersebar kononnya Queen Elizabeth yang mangkat adalah keturunan Rasulullah sedangkan itu adalah dusta.

Zaida atau Isabella yang didakwa didalam Silsilah kononnya Cicit kepada Abu Al Qassim Muhammad bukanlah keturunan Rasulullah.

Silsilah Keturunan Rasulullah tidak boleh ditipu kerana setiap tempat atau negara mempunyai penyimpan silsilah yang rasmi atau sah. Di Malaysia kita boleh rujuk Sayyid Hafiz Al Idrus @ Abu Ahmad Al Idrus yang menetap di Terengganu.

Jangan mudah mengaku Keturunan Rasulullah.

Menipu atas nama Baginda Nabi Sallahu Alaihi wassalam menempah tempat didalam Neraka Allah

Dalam pada itu, selepas mangkatnya Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, dilaporkan akan mengambil alih takhta monarki Britain dengan menggunakan gelaran Raja Charles III.

Memetik BBC UK, anakanda baginda iaitu Putera Wiliam dan isteri, Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Cornwell, Cambridge. Isteri baginda pula, Camilla akan dikenali sebagai Queen Consort.

Disamping itu, menurut laporan, Raja Charles III akan menaiki takhta secara rasminya di Istana St James, London pada Sabtu ini

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit:PU Rahmat

Leave a Reply

Your email address will not be published.