Hiburan

“Apa Yang Mengintai Kat Butang Tu” – Video Tiktok Terbaru Qistina Raisah Buat Netizen Rasa Kurang Senang

Pelakon remaja, Qistina Raisah telah mencuri perhatian pengikutnya di media sosial gara-gara dikatakan telah mengenakan pakaian yang ketat.

Blaus Lengan Pendek Warna Beige
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Qistina dilihat menggayakan blaus lengan pendek berwarna beige yang agak ketat di bahagian dada.

Cetus Komen Kurang Manis Netizen

Walaubagaimanapun, pakaian yang digayakan pelakon drama Papa Ricky itu telah menimbulkan beberapa komen kurang manis netizen, malah ada yang turut mempersoalkan agama Qistina Raisah.

“Ambik kesempatan eh.”

“Apa benda yang mengintai kat butang tu.”

“Dia Islam ke Kristian?.”

“Dia main sorok-sorok pula.”

“Kesempatan itu indah.”

Qistina Raisah sebelum ini pernah tampil menafikan dirinya sebagai individu yang berpelukan dengan seorang lelaki dalam sebuah video yang tular di media sosial. Jelas Qistina, dia tidak pernah keluar bersendiri dan pasti akan ditemani ibunya.

Siapa Qistina Raisah? Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri atau nama popularnya, Qistina Raisah merupakan seorang pelakon dan model remaja Malaysia yang pernah dikenali menerusi watak Alisya dalam drama Papa Ricky dan sebagai ‘Tengku Aqilah’ dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri.

Menggunakan nama komersial, Qistina Raisah.

Berumur 13 tahun.

Lahir pada 1 Disember 2008 di Sepang, Selangor.

Membesar di Seremban, Negeri Sembilan.

Anak kepada pasangan Mohd Kamarol Azri (bapa) dan Roszana Aminuddin (ibu).

Anak bongsu dalam keluarga. Mempunyai lima orang adik beradik yang mana tiga daripadanya adalah lelaki dan dua lagi perempuan.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2012 sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama dibintanginya seperti Tanah Kubur, Geng UPSR, Papa Ricky, Syurga Yang Kedua, Lafazkan Kalimah Cintamu, Camelia dan Isteri Misteri.

Termasuk telefilem Jahil, Baby Bro, Detektif Daniel, Ketupat Untuk Ariana, Nana Dan Jam Atok, Raya Kali Ini, Kembara Cinta dan banyak lagi.

Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Kelibat, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng dan Felina.

Pengguna Instagram (IG) atas nama akaun @qistinaraisah08 yang mempunyai lebih 970,000 pengikut.

Fakta Menarik

Memulakan karier seni lakonan sejak berumur empat tahun.

Menjadikan pelakon Siti Elizad yang dipanggilnya ‘Mommy Ijad’ sebagai inspirasi dalam bidang lakonan, selain ingin menempa kejayaan bak aktres Neelofa.

Selain bercita-cita meneruskan kerjaya sebagai pelakon, beliau juga menanam hasrat untuk membuka kedai kek.

Tidak gemar membeli barang berjenama, sebaliknya suka menyimpan pendapatan yang ada untuk tabungan masa hadapan.

Pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi remaja, Zaki Yamani dan Coki Tiktok.

KREDIT: MURAI.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *