Hiburan

Athisha Khan Berang Ada Netizen Tak Hormat Privasi Neelofa – ‘Dia Cuma Minta Satu Perkara’

Perbuatan berkongsi foto anak kepada selebriti sensasi, Neelofa tanpa keizinan kedua orang tua telah mencetus kontroversi hangat di media sosial, sejak Isnin lalu.

Tidak berakhir di situ apabila ada yang tergamak menyunting foto Muhammad Bilal sehinggakan menjadi bahan ejekan.

Tak hormat langsung

Tindakan itu menarik perhatian adik kepada Neelofa iaitu Athisha Khan untuk bersuara menerusi laman Twitter miliknya.

Kata Athisha, 24, kakaknya itu hanya meminta satu perihal yang ingin dijaga rapi iaitu mengenai Bilal.

Dia (Neelofa) mahu satu perkara dijaga privasi. Cuma satu perkara (mengenai Bilal). Kurang rasa hormat langsung tidak mengejutkan saya lagi.

Pasangan luar biasa

Dalam pada itu, personaliti media sosial ini juga menyifatkan Neelofa dan suami, Haris Ismail adalah individu luar biasa.

Awak berdua luar biasa. Saya akan sayang awak (Bilal) selamanya sayang. Keluarga sangat menyayangi awak.

Selepas tular foto Bilal yang dirakam secara curi-curi, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi foto penuh Bilal di Instagram, pada malam Rabu.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.

‘Semoga Kamu Reput Di Ner4ka!’ – Izara Aishah

Minggu ini, selebriti sensasi Neelofa diduga apabila netizen berani mati berkongsi foto ‘curi’ Muhammad Bilal selain tergamak sunting sehinggakan menjadi bahan ejekan di media sosial.

Rasa jijik

Sebagai seorang ibu, pelakon Izara Aishah meluahkan rasa bengang dengan perbuatan terkutuk itu.

Menerusi ciapan di Twitter, Izara, 30, mengakui berasa jijik dengan individu yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada bayi kecil yang tidak berdosa.

Dengan bayi nak busuk hati

Luahan marah itu mendapat sokongan daripada peminat yang kesal dengan sikap ‘keyboard warrior.’

Selain itu, ada juga warganet yang meminta Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin untuk bersabar dan mengawal emosi.

Selepas tular foto Bilal yang dirakam secara curi-curi pada Isnin, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi foto penuh Bilal di Instagram, semalam.

Selepas dedah wajah Bilal, Neelofa dikesan bercuti ke Langkawi

Dalam perkembangan lain, kelihatan Neelofa ditegur oleh peminatnya ketika sedang mendukung putera kesayangannya itu ternyata meraih perhatian orang yang berada pada ketika itu.

“Wah Neelofa datang bercuti di Langkawi lah! Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu dan bulatnya!”, ujar pemilik video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila dapat melihat Neelofa dan keluarga bercuti dengan tenang selepas menunjukkan wajah anaknya itu kepada umum, baru-baru ini.

Sumber: Twitter @IzaraAishah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *