Hiburan

Comel Dan Cantk. Bekas Pngacara TV NurulSyuhada Kngsi Wajah Anak- Anaknya Tarik Perhatian Ramai

Kuala Lumpur – Sudah lama tidak melihat kelibat wanita ini , mungkin ramai yang merindui kep.etahan Nurul Syuhada mengendalikan program atau bual bicara di kaca televisyen.

Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu rupanya kini sedang menikmati momen indah seorang ibu.

Sekadar info, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara Malaysian TopHost 2005 dan sejak itu, beliau telah berkhidmat di TV3 selama 9 tahun.

Nurul Syuhada menceburi dalam bidang pengacara melalui bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Malaysian TopHost pada 2005. Dia kemudiannya turut mengendalikan acara hiburan berprestij, Anugerah Skrin 2008 bersama aktor dan pengarah berkaliber, Adlin Aman Ramlie.

Nurul Syuhada yang berkahwin dengan Raja Amir Shah Raja Azwa di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012 kini dikurniakan empat cahaya mata yang comel.

Sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan kepada keluarga dan aktif di laman s.osial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak.

Baru-baru ini, sekeping foto yang dimuat naik Nurul Syuhada menarik perhatian warga maya yang rata-rata me.muji kecomelan anak-anaknya.

Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki g.enetik menarik lantaran rupa paras yang menawan.

‘Cantiknya g.enetik ini’, demikian reaksi warganet menatap foto-foto empat anak bekas pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain.

Disebabkan wajah si kecil persis k.acukan, ada yang bertanya sekiranya dia atau suaminya memiliki d.arah campuran Inggeris atau Arab.

Antara Reaksi Orang Ramai

Suami dia hensem gilosss pernah mkn kat restaurant yang sama dgn diorg satu family syuhada ni muka yang ayu gitu jenis bentuk muka cantik anak anak dia g.ebu mat saleh ok.

Aku peminat dia sejak masuk satu program talent kat TV3 sekitar 2005 tak silap, kalau ada Majalah 3 ke MHI atau Nona mesti terp.acak kat TV. Apapun moga happy and enjoy, tengok anak dia ikut iras muka suami dan dirinya.

Mcm orang putih, family yg cantik menarik dan tertarik.

Rupanya telahan warga maya tepat kerana cahaya mata bekas pengacara Malaysia Hari Ini itu sememangnya mewarisi d.arah kacukan dari sebelah bapa mereka.

Suami Nurul Syuhada, Raja Amir berd.arah kacukan MelayuAustralia dari sebelah ibunya.

Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.

Kredit : SP/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *