Hiburan

Dulu Dikenali Ramai Kerana Dir4cun Rakan Sendiri. Tak Sangka Begini Keadaan Cico Bersama Anak Perempuannya

SELEPAS tiga tahun memendam cerita, penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid akhirnya tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai keadaan kesihatan anak lelakinya, Cico Harahap.Dakwanya, Cico mengalami masalah kesihatan yang serius selepas diracun oleh rakan-rakannya sendiri.

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anak saya.

“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.”Racun itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.Uji membuat pengakuan itu menerusi program bual bicara, Telekung Talk yang disiarkan di platform Facebook pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ingin Selalu Di Sampingmu ini, selepas diberikan minuman yang dicampur racun, Cico kemudiannya ditinggalkan tanpa bantuan ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran rakannya.”Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.

“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri.”Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan serta tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.Selain itu Uji turut mendakwa racun berkenaan memberi kesan terhadap otak, organ dalaman serta kotak suara Cico.

Sebelum ini pelbagai laporan dibuat mengenai Cico termasuk dikatakan menghidap penyakit misteri sehingga menyebabkannya sukar bertutur dan membaca sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Dr Muhaya yang juga kelihatan sebak mendengar cerita Uji, menasihatkan agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.Program Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin diperkenalkan sejak tiga tahun lalu pernah menampilkan selebriti popular antaranya Neelofa, Lisa Suruhani dan Fazura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *