Entertainment

ELLY MAZLEIN BERJAYA BUAT NAMA GEGARVAGANZA NAIK TINGGI. SEKALI ADA BEBERAPA KOMEN YANG TAK SEDAP DIDENGAR

Baru-baru ini, pengacara yang sering menjadi gandingan bersama Nabil Ahmad dalam program Gegar Vaganza iaitu Jihan Muse memaklumkan dirinya akan berehat dari sebarang kegiantan seni kerana mahu fokus kepada keluarganya dahulu.

Biarpun membuat keputusan untuk berehat, Jihan turut meluahkan rasa gembira apabila menonton Gegar Vaganza musim ke-9 pada tahun ini dan sering mengikut perkembangan program terbabit.

Malah, dia juga sempat memuji Elly Mazlein kerana berjaya menggalas tanggungjawab dan mengekalkan program GV9 trending di setiap platform media sosial.

Elly Mazlein tiada lagi isu dengan Ramli MS, sudah berbaik siap boleh bergurau… Akui gementar ganti tempat Jihan Muse di GV9 – Hiburan | mStar

Biarpun kejayaan tersebut dapat dicapai dengan usaha Elly Mazlein atau mesra dikenali sebagai Kak Lina memeriahkan program berkenaan, masih ada segelintir netizen yang tidak dapat menerima ‘lawak’ serta caranya mengacara GV9.

Menurut netizen, cara yang dilakukan oleh Jihan lebih boleh diterima ramai dan beradab jika hendak dibandingkan dengan cara Kak Lina, dimana mereka merasakan ia menghuru-harakan keadaan atas pentas.

“Seolah2 Syaitan Geletek” – Netizen

Elly Mazlein jadi penyampai radio pula

Selepas menyanyi, berlakon dan mengacara, selebriti versatil Elly Mazlein menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio Era FM bermula minggu hadapan.

Perkara tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi stesen radio tersebut semalam.

“Welcome on board (selamat datang) Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini (semalam) Kak Lina Pom Pom dah jadi family (keluarga) Era FM.

“Bermula minggu hadapan, Kak Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40! Habis semua job (kerja) orang dia nak caras!” tulis Era FM pada hantaran tersebut.

Pada masa sama, Elly yang juga hos program hiburan popular Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

“Alhamdulillah syukur, saya tidak hebat mana. Saya cuba jalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

“Saya tak pandai nak bermadah apatah lagi nak bagi tip, cuma yang saya pandai adalah menjadi pencuri hati korang semualah dik,” katanya.

Elly akan bertugas pada setiap hari Sabtu bermula pukul 3 petang hingga 7 malam.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas rezeki dan tanggungjawab baharu yang bakal digalas idola mereka itu.

“Padulah Kak Lina! Jadi deejay pula lepas ni. Memang pecahlah konti itu nanti.

“Lepas ini terus nak dengar Era FM sebab ada Kak Lina Pom Pom. Tahniah kak!” tulis netizen.

Terdahulu, Elly yang popular menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan membuat kemunculan sebagai hos GV9 menggantikan Jihan Muse yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua baru-baru ini.

Sumber : Beautiful Nara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *