Uncategorized

Makin Meriah! Selain Nabil, Kak Lina. Peminat Mahu Artis Ni Juga Jadi Pengacara di GV10

PETALING JAYA – Peminat Gegar Vaganza musim ke9 (GV9) meluahkan cadangan untuk gabungkan tiga pengacara, Nabil Ahmad, Elly Mazlein serta Jihan Musa pada musim ke-10 nanti.

Cadangan tersebut mungkin dikeluarkan selepas melihat ketiga-tiga pengacara tersebut mempunyai ‘stail’ tersendiri ketika mengacarakan program terbabit.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial Twitter menyaksikan ramai peminat rancangan tersebut meluahkan cadangan itu bertujuan memeriahkan lagi program pilihan ramai itu.

“Aku rasa tahun depan perlu bertiga la host, macam sayang nak singkirkan Kak Lina sebagai pengacara,” tulis @saripah n_m.

“Apa salahnya kalau gabungkan saja ketiga-tiga pengacara ini, bagi aku lagi menarik. Nabil ada kelebihan dia, Jihan dengan Kak Lina pun sama,” ujar @Mat Guam.

“Lebih menarik lagi kalau digabungkan ketiga-tiga mereka, tengok apa jadi meletup atau tidak. Bukan tak boleh buat kan Astro, janji rangkin naik,” kata @mas_89.

Kata seorang pengguna media sosial, dia tidak kering gusi ketawa malam ini.

DANIAL (kiri) pernah mengacara Gegar Vaganza 9 bersama Elly Mazlein menggantikan Nabil Ahmad, tetapi teruk di kec4m oleh netizan

“Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,”-Tengok Kak Lina kelihatan terlalu ‘hyperaktif’, ini reaksi spontan Nabil

‘Ini GV9 atau Maharaja Lawak ni,’ jelasnya.

Terdahulu, Elly Mazlien atau Kak Lina Pom Pom telah menggantikan Jihan Musa sebagai pengacara selepas pelawak itu melahirkan bayi beberapa bulan yang lalu.

Pengacara konsert Gegar Vaganza (GV), Nabil Ahmad secara berseloroh bertanya bilakah Jihan Musa akan kembali mengemudi rancangan itu.

Difahamkan Nabil berseloroh demikian apabila rakannya, Elly Mazlien atau Kak Lina kelihatan terlalu ‘hyperaktif’ setiap kali mengacarakan konsert yang memasuki minggu ke-6 itu.

“Jihan, kau lambat lagi ke nak habis pantang? Makan lah ikan haruan banyak-banyak. Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,” ujarnya sebentar tadi.

Gandingan Nabil dan Kak Lina ternyata mampu menghiburkan penonton

Sebelumnya, Kak Lina seperti biasa menunjukkan ‘perangai’ aktif di atas pentas setiap kali menegacarakan konsert kegemaran ramai itu.

Rata- rata pengguna media sosial turut bersetuju malah ada yang inginkan gabungan Nabil-Lina terus dikekalkan untuk musim akan datang.

“Kadang tengok Kak Lina terlalu aktif ni menyampah juga, tapi secara jujurkan aku tengok rancangan ni sebab dia,” tulis @paksuirfan.

“Akao terus eh kau Nabil, depan-depan dia bagi. Tapi bagi aku GV kali ni menarik sebab Kak Lina ada,” jelas @eg9muor.

“Lucu dengan telatah pasangan ni, lagi elok gabung je Kak Lina, Nabil dan Jihan lepas ni. Tengok apa berlaku,” kata @zaibdiyusoff. –

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *