Hiburan

Mngsa Kmalangan Mesej Kawan2 Sebelum ke Makkah. Sekali Kakak Tampil Nafi Satu Dakwaan Tak Betul Pasal Arwah

BERITA kematian Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang rentung dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu ternyata mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.

Tidak terkecuali tentunya bekas rakan sekuliah Allahyarham dari Politeknik Merlimau iaitu Mohammad Syafiq Shariff yang mengaku masih terkejut dan sukar percaya dengan khabar duka itu.

“Saya ada buat bisnes tudung dan arwah Azie (Nazihah) selalu beli dengan saya. Jadi saya selalu pergi buat COD ke rumahnya. Kali terakhir kami jumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa tahun 2021.

“Walaupun lama tak berjumpa, kami masih contact dan berbalas komen di media sosial. Saya pun baru je tengok Instagram story arwah sebelum kejadian. Tiba-tiba kawan telefon, dia tanya dah tahu ke mengenai Azie?

“Saya terus tanya kenapa… Kawan saya pula tanya, betul ke Azie dah meninggal. Masa tu saya sedang memandu, saya terus berhenti di tepi jalan. Kemudian baru saya tengok video yang dikongsi,” ujarnya.

Senang disapa Syafiq, dia kini turut berada di perkarangan rumah keluarga Allahyarham di Kampung Batu Empat, Kota Tinggi dan sedang menanti kepulangan jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

“Saya sampai di kediaman arwah sekitar pukul 10.30 pagi. Saya masih ada di sini, bersama rakan-rakan arwah dari Politeknik Merlimau. Jenazah belum sampai lagi.

Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwah.

“Kami sama-sama kenal ketika belajar. Kami sebaya umur 28 tahun dan ambil jurusan perakaunan. Kami bersahabat sebab sama-sama terlibat dalam Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK),” dedahnya lagi.

Menurut Syafiq, Allahyarham dan rakan-rakan dari politeknik turut merancang untuk bertemu dalam majlis reunion, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas berlakunya tragedi berkenaan.

“Dalam JPKK ada 30 orang. Jadi kami guna istilah 30 adik-beradik sehingga ke hari ini. Kali terakhir kami buat reunion pada tahun 2018. Kami ada plan untuk buat lagi tapi nampaknya tak kesampaian.

“Arwah pun ada cakap kat sahabat-sahabat lain bahawa dia teringin nak berkumpul 30 adik-beradik. Kami dah macam ahli keluarga. Jarang berjumpa tapi ikatan masih erat,” ujarnya lagi.

Paling sayu katanya, Allahyarham juga ada menghubungi rakan-rakan sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah sekitar September lalu.

Kisah kematian tragis Azie mengundang sebak netizen sejak Sabtu malam.

“Arwah baru je pulang dari menunaikan umrah. Sebelum berangkat ke sana, arwah ada WhatsApp kami kawan-kawan semua, dia minta doa agar dipermudahkan dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.

“Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwah,” ujarnya yang menetap di Masai.

Terdahulu, video memaparkan suami Allahyarham iaitu Muhamad Redzuan sedang meraung kerana isterinya berada dalam kenderaan terbakar pada Sabtu mengundang simpati netizen.

Menerusi rakaman itu, Muhamad Redzuan meraung sambil menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan isterinya, sambil dipujuk oleh orang awam agar bersabar.

Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.

Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor mengesahan kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.

Kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira, Proton Preve dan Toyota Vios serta sebuah lori Isuzu.

Selain Nurul Nazihah yang menaiki Proton Wira, seorang lagi mangsa maut yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios.

Kakak Arwah Ucap Terima Kasih Kepada Semua

Menurut kakak arwah lagi, adik beliau sebenarnya tidak hamil seperti yang perkatakan oleh sesetengah pihak

Jasad Nazihah ditemukan sempurna, seolah-olah duduk antara dua sujud

Allahyarhamah Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lalu.

Bapa Allahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu berkata, arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu selepas mengetahui hasratnya dan isteri, Saliah Hood, 56, yang mahu ke Tanah Suci.

“Rasanya empat hingga lima bulan juga dia dan ibunya merancang serta menguruskan perjalanan umrah kami. Baru kini kami dapat pergi memandangkan arwah pun baru tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang.

“Alhamdulillah impian dia nak pergi umrah tercapai. Ketika di Tanah Suci, arwah dan suaminya paling muda jadi merekalah yang banyak membantu kami semua. Dia pun ke Tanah Suci sebagai ikhtiar dan berdoa untuk dapatkan zuriat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lukut, dekat sini hari ini.

Menurutnya, Nurul Nazihah, 28, baru saja kembali bekerja dua hari lalu dan ada memaklumkan untuk balik ke rumahnya (Kamalul) minggu depan.

Kamalul berkata, meskipun sedih dengan pemergian anaknya itu, dia reda apatah lagi apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud.

“Apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa keadaan jasad arwah masih sempurna, saya rasa syukur dan yakin ini mungkin berkat amalannya ketika hidup yang sangat tegas dalam bab agama,” katanya sambil menyifatkan anaknya itu seorang yang ceria dan penyayang.

Sementara itu, sepupu kepada suami mangsa, Nurizzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata suami mangsa, Redzuan Jamil masih trauma dengan kejadian yang berlaku sehingga mengigau bertanya tentang isterinya malam tadi.

KAMALUL Arifin tidak dapat menahan sebak ketika ditemui pengamal media di rumahnya di Kampung Lukut hari ini. FOTO Bernama

Katanya, sepupunya itu ada bercerita bahawa ketika kejadian dia berusaha menyelamatkan Nurul Nazihah atau lebih mesra dipanggil Azi, yang tersepit tetapi gagal sehingga orang awam bertindak menyelamatkan Redzuan melalui pintu belakang kereta.

“Saya memang tak sangka sebab Azi seorang yang periang, kelakar dan suka ambil gambar atau video” katanya.

Terdahulu, tinjauan Bernama di rumah keluarga mangsa di Kampung Lukut mendapati ia dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran yang menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dalam suasana hiba.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, dekat sini sebaik saja jenazah tiba dan disembahyangkan.

Terdahulu, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam tadi.

Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira manakala seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *