Hiburan

‘Boleh Pakai’ – PU Azman tampil menjawab soalan netizen berhubung simbol huruf ‘t’

Pendakwah bebas dan pelakon, Azman Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman tampil menjawab soalan netizen berhubung simbol huruf ‘t’ yang terdapat di baju jersi pasukan bola sepak Portugal sempena piala dunia FIFA.

Boleh pakai?

Menurut PU Azman, seorang individu telah bertanya kepada dirinya sama ada boleh atau tidak dia memakai baju jersi Portugal yang bentuk logonya seakan lambang salib. Bagi menjawab soalan tersebut, PU Azman berkata, individu berkenaan perlu mengenal pasti terlebih dahulu adakah simbol itu sekadar huruf “t” atau simbol salib.

Boleh pakai jersey tu, kalau simbol tu sekadar bentuk huruf “t” dan bukan membawa maksud simbol salib. Tapi kalau simbol pada jersi itu memang benar-benar salib, maka jersi itu masih boleh dipakai selepas salib itu ditiadakan.

Menerusi posting yang sama, PU Azman sempat berseloroh dan bertanya semula kepada individu berkenaan kenapa dirinya tidak memilih pasukan Liverpool.

Berat badan Cik Man nampak susut

“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap.” Demikian perkongsian ringkas dan padat daripada Pencetus Ummah (PU) Azman yang membuat kemunculan menerusi paparan sebuah foto yang dimuat naik di Instagram miliknya selepas lebih sebulan menyepi.

Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau mesra disapa Cik Man dilihat menghadiri sebuah majlis dan bergambar dengan beberapa ahli keluarganya.

Bagaimanapun, paparan yang dimuat naik itu menjadi tumpuan warganet apabila tubuh badan Cik Man yang kelihatan susut dan cengkung sambil mengenakan kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam.

Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya berasa senang dengan kemunculan penceramah yang juga pelakon itu di Instagram.

Rata-rata, ramai yang merindui gurau senda Cik Man malah ramai yang mendoakan semoga urusan Cik Man dipermudahkan.

Penceramah bebas yang mempunyai pengikut seramai 2.6 juta itu bagaimanapun mengambil pendekatan untuk memadam paparan yang dimuat naik.

Terdahulu, nama PU Azman terpalit apabila timbul dakwaan seorang selebriti lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes amang s3ksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selepas lebih tiga tahun segmen kerohanian kendalian pendakwah bebas, PU Azman iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM juga sudah ‘bertukar tangan’.

Segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.

Sumber: PU Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *