Uncategorized

PRU-15: Umno Akhirnya Pilih Sertai Kerajaan Perpaduan. Ini Pula Nasib Zahid Hamidi

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun begitu, jelas Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk itu bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN)bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Katanya, MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN.

Zahid Terus Di Sokong

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21-24 Disember nanti.

3 komponen BN usul undi tak percaya terhadap Zahid

KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, Presiden MIC, SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup berbuat demikian menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Nov yang dilihat FMT.


Surat itu menyatakan undi tidak percaya terhadap Zahid dibuat susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan Dewan Tertinggi BN pada pagi Selasa lalu.

Menurutnya, mesyuarat Dewan Tertinggi itu memutuskan BN berkecuali dan tidak menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baharu.

“Sebanyak 10 akuan bersumpah (SD) dihantar kepada Muhyiddin Yassin sudah ditarik balik, setelah keputusan Dewan Tertinggi BN dibuat. Bagaimanapun, Zahid menghantar surat kepada Istana Negara tengah hari semalam (Selasa).

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon mengesahkan kesahihan surat ini.
“Surat berkenaan menyatakan sokongan 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10. Ini jelas mengkhianati BN dan pada masa sama menyembah maklum keputusan salah kepada Yang di-Pertuan Agong dan dianggap perbuatan menderhaka kepada raja.”

Mereka meminta Zahid, yang juga presiden Umno, segera berundur secara terhormat dan digantikan Timbalannya, Mohamad Hasan.

“Perkara ini sudah diusulkan presiden MIC dalam mesyuarat semalam (Selasa), tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila pengerusi (Zahid) membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat, walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN belum selesai.”

Mereka berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan dipanggil untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Zahid, jika beliau enggan berundur secara terhormat.

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi FMT mengesahkan kesahihan surat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

KOSMO! ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *