Uncategorized

“Dia Kena Ke Ner4ka Dulu, Baru Syurga” – Penjelasan Ustaz Wadi Tentang Mereka Yang Tak Qada Solat

Sudah diwajibkan ke atas setiap mereka yang bergelar Muslim untuk menunaikan solat sebagai tanda untuk bersyukur kepada Allah SWT serta sebagai satu cara untuk membimbing kita dalam mencari reda Ilahi.

Namun begitu, setiap orang yang bergelar manusia itu tidak pernah lari dari membuat kesilapan sehinggakan terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Jadi apakah hukum bagi seseorang itu yang meninggalkan solat dan tidak menggantikannya?

Ke neraka dulu baru syurga

Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menjawab persoalan mengenai hukum mereka yang tidak mengganti ataupun qada solat yang sudah tertinggal.

Menerusi video dimuat naik @zikirselalu di TikTok, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa seseorang Muslim yang mati dalam keadaan tak qada solatnya akan ke neraka dahulu barulah ke syurga.

Orang yang tinggal solat (Islam), mati dalam keadaan tak qada, tak pernah dalam perjalanan qada, tak pernah bertaubat, tak akan masuk syurga.

Ustaz Wadi turut menjelaskan bahawa keadaan di neraka ini diibarat seperti duduk dalam satu bilik yang tidak mempunyai sebarang lubang dan dikelilingi dengan api.

Dia (ada orang) pun kata lega lah ustaz (akan masuk syurga juga). Ha lega lah, ingat neraka ni (macam) main paint ball ke? Neraka ni api. Tuan-tuan masuk bilik yang tiada lubang, dikelilingi api.

Tuan-tuan nak menyorok di mana? Tidak ada 1 minit pun yang diberikan oleh Allah untuk rehat.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan rasa insaf mereka selepas mendengar penjelasan yang diberikan Ustaz Wadi.

Kredit: TikTok zikirselalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *