Uncategorized

Teka-teki terjawab! Anwar umum barisan Kabinet… Jawatan Rafizi Ramli dan Zahid Hamidi Bukan Biasa2

PERSOALAN mengenai siapakah yang menganggotai barisan Kabinet di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan akhirnya terjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tersebut, pada Jumaat malam.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ini pertama kali Malaysia mempunyai dua timbalan perdana menteri.

Ahmad Zahid juga dinamakan sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala Fadillah juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Senarai Kabinet baharu itu dibuat selepas lapan hari Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof disebut-sebut sebagai calon timbalan perdana menteri.

Pembentukan barisan Jemaah Menteri selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diangggap penting dalam memulihkan semula ekonomi negara, kos sara hidup serta kestabilan politik.

Berikut adalah senarai barisan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan : Mohd Sabu

Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengumumkan barisan Jenaah Menteri atau Kabinet petang ini adalah memanggil mereka yang dilantik ke mesyuarat khas, Isnin ini bagi mengumumkan beberapa peraturan baharu.

Perdana Menteri berkata, antara peraturan yang akan ditetapkan adalah berkaitan cara mengurus kementerian, cara mendampingi dan bekerjsama dengan penjawat awam, penetapan cara untuk ahli Jemaah Menteri membuat pengunguman berkaitan dasar serta cara berbelanja agar tidak melebihi kadar sepatutnya.

“Bagi saya, keutamaan sebaik disusun (diumum) Jemaah Menteri (petang ini), saya akan panggil mesyuarat khas pada Isnin ini untuk tetapkan beberapa peraturan baharu bagi Jemaah Menteri,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *