Uncategorized

Anak PM mengadu jadi mngsa buli jalan raya, dia ceritakan apa yang kereta hijau ni dah buat

PETALING JAYA – Anak keempat Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar mendakwa menjadi mangsa buli seorang pengguna jalan raya hari ini.

Menerusi Twitter Nurul Ilham, dia berkongsi satu video memperlihatkan sebuah kereta yang berada di hadapannya di lorong laju asyik menekan brek.

“Saya biasanya tidak memuat naik perkara seperti ini, tetapi saya telah dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini berterusan menekan brek di lorong laju.

“Sangat bahaya dan saya ada anak berusia dua tahun bersama saya. Kereta itu berada di situ (laluan paling kanan) kira-kira satu minit sebelum dia (wanita) menukar ke laluan lain,” katanya.

Nurul Ilham mendakwa, pada mulanya dia melihat kereta tersebut berdekatan tol dan pemandu berkenaan turut membunyikan hon kepadanya untuk menuju ke lorong Touch ‘n Go.

“Saya telah memberikan isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat daripadanya untuk pergi ke kanan (lorong Smart Tag). Rasanya dia marah sebab itu,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta pihak berkuasa untuk memantau kejadian tersebut kerana ia berisiko membahayakan para pengguna jalan raya.

“Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana ia merupakan tindakan berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” ciap cOMM4NDR3R_.

“Bayangkan reaksi pemandu tersebut jika mereka mengetahui identiti individu yang dibulinya ternyata adalah anak kepada Perdana Menteri,” seloroh seorang pengguna, @junn0509.

Hantaran tersebut telah meraih 197,800 jumlah tontonan dan 1,315 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *