Uncategorized

Baru Semalam Puteri Sarah Fail Cer4i, Diana Danielle Mula Luah Sesuatu

Pelakon Diana Danielle berpendapat rakan baiknya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana pasti mempunyai sebab tersendiri memfailkan perceraian.

Memetik BH Online, Diana berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak namun baginya tiada wanita yang mahu bercerai tanpa sebab serta memahami perasaan wanita.

“Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Tetapi, biar begitu kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

“Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu ini. Namun, sebagai wanita semestinya saya memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya.

Menurut Diana lagi, tiada siapa boleh menjangkakan apa terjadi di masa hadapan serta mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah.

“Dalam kehidupan, kita tidak boleh menjangka pengakhiran dalam apa juga keadaan. Kita hanya mampu memberikan terbaik dan Puteri Sarah juga sudah membuat sebaik mungkin buat keluarganya.

“Jadi, kita hanya menyokong apa sahaja tindakan yang diambil. Apa sahaja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” katanya.

SUMBER BH ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *