Uncategorized

Brother Ni Ulang-ulang Doa Dan Cium Peluk Al Quran, Apa Yang Brother Tu Cakap Buat Ramai Menangis

Masjid seringkali disebut masyarakat sebagai rumah Allah SWT yang berfungsi untuk menunaikan ibadah salat bagi umat muslim. Tempat ibadah umat muslim ini, juga sering dimanfaatkan untuk proses belajar mengajar pendidikan Alquran atau Ngaji. Dalam sejarah perkembangan umat muslim, masjid dinilai memiliki peranan yang begitu penting dalam penegakan agama Islam

Berikut satu perkognsian menarik oleh sahabat mengenai jemaah di Masjid Seri Petaling

“Saya di Masjid seri petaling. Masjid ini 24jam hidup dengan amal. Bila bila masa sahaja boleh masuk untuk lelaki.

“Saya jika rasa tak sihat, saya akan datang masjid seri petaling. Jika saya sedih, rasa down, nak ‘me time’ saya akan datang masjid seri petaling.

Bukanlah sebab diri ini baik ke apa. Tapi datang sini hati tenang tengok orang baik-baik, dan dapat jumpa guru-guru tercinta. Dan sini juga dapat tidur rasa lebih selamat.

“Ada kala saya datang betulkan bacaan Al Quran dan betulkan bacaan zikir-zikir yang saya amal dengan beberapa guru.

“Di sini juga Allah temukan saya dengan pelbagai ragam manusia yang sangat menginsafkan saya. Sebiru jalan cerita Allah bagi hadiyah kepada jemaah tabligh.

“Sedang saya termenung, depan saya ini ada sorang brother. kejap buka tutup Al Quran, lepas tu peluk, lepas tu dia cium. Begitulah banyak kali dia buat.

“Dalam hati kata. Sayang betul dia dengan Al Quran. Lama saya perati dia. Nak juga tanya kenapa dia buat begitu. Hampir 30 minit nonstop dia buat begitu.

“Lalu saya senyap-senyap duduk belakang dia. Nak juga dengar apa dia baca dan cakap. Bila saya dekat curi-curi dengar buatkan saya sebak dan menangis.

“Nak tahu tak apa dia cakap:

“Wahai Al Quran, saya minta maaf sebab tak pandai baca engkau. Wahai Allah bagilah saya pandai baca Al Quran sebelum saya mati. Wahai Allah jangan ambil nyawa saya selagi saya tidak sempurna baca Al Quran.

“Begitulah di ulang-ulang doa dan cium peluk Al Quran.

“Saya perlahan-lahan bangun duduk jauh dari dia. Saya sungguh-sungguh doa moga Allah lancarkan bacaan Al Quran abang ini. Moga doa saya baca ini malaikat aminkan dan Allah mudahkan saya juga untuk baca Al Quran.

“Sahabat. Sesibuk mana pun kita, sejahat mana pun kita, sejahil mana pun kita, jangan pernah tinggal Al Quran.

“Guru saya pesan. Sebelum nak baca apa-apa, nak online facebook, surat khabar, mulakan baca Al Quran. Al Quran asbab Allah jaga mata kita dari perkara maksiat.

Al Quran akan jadi teman sahabat kita di alam kubur nanti, akan jadi penghujah di hadapan para malaikat.

“Doalah, moga kita, anak-anak kita, pasangan kita setiap tahun khatam Al Quran. Cinta Al Quran.

Sumber: FB Muhammad Hassan

Sedikit info mengenai Masjid Jamek Sri Petaling

Nama masjid ni cukup dikenali sekitar setahun yg lalu..dari masjid inilah wujudnya kluster terbesar ketika itu yang dikenali sebagai KLUSTER TABLIGH..

Masjid ini merupakan pusat dakwah bagi jemaah TABLIGH di Malaysia selepas mereka berpindah dari masjid India pada tahun 1995 yg sudah tidak mampu menampung jumlah bilangan jemaah yg semakin bertambah..

Masjid ini menimbulkan persoalan kepada masyarakat ketika itu Dan pernah menjadi tajuk berita akhbar kerana ianya dibina tanpa ada peruntukan dari kerajaan mahupun sektor koperat..ianya dibina hasil dari kutipan sesama ahli jemaah dan ianya dibina 99% oleh mereka sendiri(cuma kren utk mengangkat kubah menggunakan khidmat kontraktor bukan Islam kerana ketiadaan kontraktor Muslim yg memiliki jentera tersebut)..

Masjid ini jugalah mungkin satu2nya masjid yg hidup 24jam..jemaah dlm negara ataupun dari luar negara masuk Dan keluar bersilih ganti setiap Hari..Dan amalan didalam masjid juga hidup 24 jam..Di waktu tgh mlm kita boleh lihat ada manusia yg sedang bertahajud..yg sedang membaca Qur’an..yg sedang berzikir..yg sedang menangis bermunajat kpd tuhannya..

Istimewanya masjid ini,ia tidak mempunyai pintu Dan tidak mempunyai tabung derma..Dan percaya x dgn hanya membayar rm2 kita boleh makan Dan minum Di masjid ini(harga utk satu talam nasi rm10 dikongsi 5 org)..siap boleh tambah lagi

Dari masjid ini jugalah lahirnya para dai’e,Hafiz Dan ustaz yg pernah belajar disini..

kredit: atu2u.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *