Uncategorized

Cermin Kereta Kena Pecah Masa Beli Air, Wang Bantuan Budak Sekolah RM109k Lesap! Ini Alasan Guru Besar Kenapa Dia Ambil Wang Tanpa Polis Pengiring

Bermula minggu ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 bagi setiap murid sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan di sekolah masing-masing.

Pasti ibu bapa dan murid sangat teruja untuk menerima bantuan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Namun, lain pula ceritanya apabila satu kejadian kecurian telah berlaku di Beranang, Selangor.

Memetik laporan Harian Metro, wang bantuan berjumlah lebih RM109,000 yang baru dikeluarkan guru besar di sebuah bank di pekan Semenyih untuk diagihkan kepada murid keesokan hari dilarikan pencuri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.17 tengah hari.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak polis, ini kronologi kes yang berlaku;

Kronologi kes

Guru besar berusia 50 tahun berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 (wang Bantuan Awal Persekolahan) daripada sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih untuk diagihkan kepada pelajarnya esok.

Selepas wang dikeluarkan, mangsa meletakkan wang di sebuah beg dan meninggalkan beg itu di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri.

Alahai, kesiannya murid-murid yang mengharapkan duit bantuan itu kan?

Guru Besar Beri Alasan Dah Biasa, 10 Tahun Ambil Wang Bantuan Tanpa Polis Pengiring

Satu kejadian tak diingini berlaku semalam apabila wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 hilang dilarikan perompak.

Memetik laporan Harian Metro, guru besar berseorangan mengeluarkan wang tunai daripada bank di kawasan Kampung Baru Semenyih sebelum cermin keretanya dipecah ketika membeli minuman.

Tindakan guru mengeluarkan sejumlah wang yang besar tanpa khidmat polis pengiring telah mengundang kritikan ramai.

Iyalah, dalam prosedur sepatutnya kena ada polis pengiring la kan?

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring daripada pihak polis.

Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.

Menurutnya, sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian.

Mohd Zaid mengaku pihaknya berasa ralat kerana sekolah sepatutnya boleh memohon bantuan polis pengiring selepas pengeluaran wang tunai dibuat.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kes bolehlah hubungi mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *