Uncategorized

Dengar Je Puteri Sarah Nekad Fail Penceraian Isnin Ni, Yusof Haslam Bagi Ayat Ini Boleh Buat Menantu Kesayangan Dia Fikir Penjang

Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.

Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.

“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.

“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.

“Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya kepada BH Online.

Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.

Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.

Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu.

Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.

Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku.

Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.

Ya, saya fail perceraian Isnin ini – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.

“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkata, dia bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.

“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

“Hanya permohonan cerai akan difailkan Isnin ini,” katanya kepada portal Utusan.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.

Namun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul berhubung pernikahan keduanya dengan Ira Kazar di Thailand serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi, topik terbabit hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *