Hiburan

Kasihani lah Ira , Dahlah kali pertama berkahwin, tidak ada majlis rasmi, baju nikah pun tangkap muat.. kahwin pula negara seberang”

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Susulan pengakuan tersebut, isteri kedua pengarah tersebut menjadi bualan ramai sehingga trending di Twitter.

Memetik Harian Metro, seperti sudah disangka ramai yang mengecam anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu, namun tidak kurang juga ada yang simpati dengan Ira.

Ada netizen mengatakan sudahlah kali pertama berkahwin, namun tiada majlis rasmi buat Ira. Malah, baju nikah yang dipakai Ira juga seolah tangkap muat.

Tidak kurang juga, ada yang membanding perkahwinan Ira dengan Puteri Sarah yang jauh berbeza ditambah pula apatah lagi perkahwinan kedua Syamsul itu tidak disokong oleh mentua.

“Sedihnya jadi Ira kazar! Dahlah kali pertama berkahwin, tidak ada majlis rasmi, baju nikah pun tangkap muat.

“Nikah pun kat Siam je, keluarga mentua pun tak sokong. Berbanding dengan pernikahan Puteri Sarah dulu beza jauh langit dari bumi,” tulis seorang pengguna Twitter.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan dengan Ira kerana hidup dalam perasaan ‘insicure’ serta mengucapkan selamat mahu jaya buat wanita itu.

“Semoga berjaya Ira kazar. Jaga suami elok-elok. Percayalah, orang macam Ira kazar ini akan selalu rasa ‘insecure’ sebab takut suami dia kena ‘caras’ dengan betina sepesen macam dia,” ciap seorang lagi warganet.

“Kesian Ira Kazar ini, hidup dalam ‘insecure’. Takut dengan bayang-bayang. Selalunya kes macam perampas ini hati tak tenang,” kongsi netizen.

Ira Kazar ‘muncul’ di Instagram

Bukan hanya suami, Syamsul Yusof, 39, saja muncul di Instagram hari ini, tetapi isteri keduanya, Ira Kazar juga ‘bersuara’ menerusi perkongsian ringkas di Instagram Story selepas lama berdiam diri.

Difahamkan, Ira membuat ‘kejutan’ muncul bagi menjelaskan kepada warga maya berkaitan akaun Instagram sebenarnya iaitu @irakaza yang mempunyai tanda (badge) ‘verified’ adalah satu-satunya yang rasmi dan asli.

“Selamat pagi. Akaun-akaun yang anda lihat (saya sertakan ini) bukan milik saya.

“@irakaza adalah satu-satunya akaun yang saya gunakan sekarang. Terima kasih,” tulisnya ringkas dan padat.

Menerusi perkongsian itu, didapati sekurang-kurangnya ada 20 akaun palsu Instagram diwujudkan atas nama wanita itu selepas perkahwinannya bersama Syamsul di Selatan Thailand diumumkan, Jumaat lalu.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, 38, menjadi perhatian ramai dan industri seni sejak pertengahan tahun lalu selepas pendedahan Puteri Sarah berhubung tindakan undang-undang perlu diambilnya atas dakwaan gangguan rumah tangga oleh ‘orang ketiga’.

SUMBER HARIAN METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *