Uncategorized

”Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”-Apa Yang Puteri Sarah Cakap Kepada Neelofa Buka Mata Ramai Wanita

Puteri Sarah Liyana menafikan faktor dia sibuk bekerja sebagai punca masalah yang dialaminya ketika ini. Dia meluahkan perlu mengambil masa yang lama untuk memutuskan kembali bekerja.

Perkara itu dikongsikan Sarah ketika melakukan siaran langsung bersama Neelofa di mana dirinya telah berkorban dan tinggalkan kariernya untuk fokus menjadi suri rumah selepas bernikah dengan Syamsul Yusof.

Sanggup buang karier dan semuanya demi keluarga…
Masa nak kahwin, I buang semua. I korbankan semuanya, memang I buang karier I semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah.

Namun, dia nekad untuk mempunyai kerjaya dan duit simpanan sendiri apabila sudah nampak ‘masalah’ tiba kerana risau apa-apa berlaku kepadanya.

Sebenarnya, saya ambil masa lama sangat untuk buat keputusan itu sebab saya ditanggung oleh suami. Saya tak bekerja. Enam tahun saya duduk rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Saya tak kerja.

Rata-rata sebak dengar perkongisan Sarah dan bersetuju…
Perkongsian Sarah itu mengundang rasa sebak ramai netizen yang menonton dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Sarah apabila dia mengatakan wanita perlu ada duit sendiri.

Ramai yang meluahkan tentang pengorbanan wanita selepas berkahwin kerana mahu fokus menjaga rumah tangga, suami dan anak-anak.

Malah, segelintir daripada mereka berkata sebenarnya apa yang Sarah lalui itu adalah realiti sebenar ramai wanita lain turut rasakan.

“Cukuplah Segala Derita” – Ibu Syamsul Yusof Nak Lihat Puteri Sarah Bahagia

Sejak hubungan rumahtangga Puteri Sarah bergolak, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail antara orang yang banyak memberi semangat buat menantunya.

Sebagai orang tua yang paling dekat dengan anak menantu, beliau sudah tentu turut merasa kesakitan yang dilalui Puteri Sarah.

Terbaru, beliau memuat naik hantaran sayu di Instagram Story mengharapkan menantu kesayangannya itu menemui bahagia. Beliau tak sanggup lagi melihat Puteri Sarah menderita.

Bersama hantaran itu, beliau menyertakan gambar Puteri Sarah sedang mengelap air mata yang turun ketika sesi temubual bersama Nona.

Terdahulu, Datin Patimah Ismail enggan mengulas lanjut mengenai isu tuntutan cerai menantunya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Isnin lalu.

Beliau tak mahu kenyataan yang dikeluarkan nanti menjadi punca dia pula dihina netizen.

Kredit: Instagram Patimah Ismail | TikTok @amyqashrina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *