Hiburan

Mengakui Menghidap ‘Skizofrenia’ Berikut Fakta Menarik Scha Elinnea, Pelakon Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

Muncul sebagai watak utama, penglibatan Scha Elinnea dalam drama bersiri di slot Samarinda TV3 berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan semakin melonjakkan namanya sebagai pelakon.

Memainkan watak Raina Badrina, drama berepisod adaptasi novel itu juga dilakonkan bersama bintang utama Hisyam Hamid, termasuk Ellyas Abdullah, Wanns Ahmad, Syafnida Shuhaimi, Syarul Ezani, Silfeny Osman dan Hazeeq Dean (Hero Remaja).

Selain itu, Scha turut membintangi drama bertajuk Juliet yang sedang rancak ditayangkan di slot Widuri, saluran RTM TV1.

Berikut 10 fakta menarik yang menceritakan serba sedikit tentang diri beliau:-

1. Nama sebenar Scha Elinnea ialah Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen.

2. Beliau merupakan penganut agama Islam yang dilahirkan di negeri Kelantan, namun membesar di negeri Kedah.

3. Scha adalah anak sulung dalam keluarganya dan mempunyai tiga orang adik yang masih bersekolah.

4. Lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat dan penonton antaranya menerusi siri Sitik Tok, Selamat Datang Cinta, Mr. Grey, Juliet, Nasi Kerabu Untuk Che Abe dan Kerana Aku Isteri Bidaan.

5. Selepas menghampiri empat tahun pembabitan dalam seni lakonan, Scha sudahpun melibatkan diri dalam 17 buah drama, dua telefilem dan dua filem.

6. Pelakon Nabila Huda, Maya Karin dan Bront Palarae merupakan antara individu yang dikaguminya sebagai aktres.

7. Beliau mahu diberi lebih banyak peluang mencuba pelbagai jenis watak yang mencabar, antara yang dipinta termasuklah peranan sebagai seorang wanita psiko.

8. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ‘easy going’ seperti watak Siti yang dipegang dalam drama bersiri SitikTok tayangan saluran TV3.

9. Di usia muda 22 tahun, Scha berjaya memiliki sebuah kereta mewah yang diidamkan iaitu jenis Mercedes Benz AMG-A180 baharu, hasil titik peluh pekerjaannya dalam bidang lakonan dan perniagaan.

10. Mengakui menghidap skizofrenia yang berkaitan dengan masalah kesihatan ment4l pada November 2021, dia memaklumkan kini sudah semakin beransur pulih meskipun masih bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.

Scha Elinnea tayang kekasih dalam TikTok

Selepas terpalit rentetan kontr0versi, nama pelakon sensasi, Scha Elinnea kembali memanas dalam ruangan TikTok apabila berkongsi satu kompilasi gambar bersama dengan seorang jejaka yang didakwa kekasihnya.

Dengan kapsyen ringkas Date Night seolah-olah memberi bayangan sedang sedang bertemu janji dengan kekasih hatinya dan dalam fasa bahagia.

Perkongsian gambar memaparkan pelakon drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang sedang erat memegang tangan seorang jejaka itu mengundang pelbagai respon orang ramai.

“Privasi namun bukan rahsia, ya itu yang kita mahukan,” tulis seorang peminat di ruangan komen TikTok.

“Lah, dah ada kekasih ke? nampak macam bukan main mesra lagi dengan pelakon lelaki lain,” soal pengguna TikTok itu.

“Kalau benda baik, kenapa mahu sorok, cepat-cepat kahwin, selesai,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, nama Scha Elinnea atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 23, pernah hangat apabila memuat naik gambar yang memaparkan ukiran tatu berbentuk tulisan di badannya yang dihujani ribuan tohmahan netizen.

Ringkasnya, nama pelakon asal Sungai Petani, Kedah ini tidak pernah sepi dalam radar industri hiburan kerana dihimpit oleh pelbagai kontroversi, bahkan tindak tanduknya selalu mencuri perhatian dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

PELAKON Scha Elinnea memberi bayangan sedang bahagia menjalani hari-hari bersama kekasih hati.

kredit: https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *