Uncategorized

“Orang Asyik Tuduh Dia Buka A1b Suami Tengok Ni” – Tular Rakaman Muka Cengkung & Badan Kurus Puteri Sarah

Sedia maklum, kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sejak beberapa bulan yang lalu menjadi perhatian ramai.

Ia semuanya menjadi kecoh apabila Sarah mendedahkan kecurangan Syamsul bersama anak pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar yang sudah berlaku selama 4 tahun lalu.

Antara sebab pelakon terbabit menyebarkan hal tersebut di dalam media sosial kerana nombor telefon sudah pun disekat oleh suami dan ‘orang ketiga’ terbabit sering menganggu hidupnya.

Kebanyakkan netizen menyebelahi Sarah, namun ada juga yang merasakan tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu seolah-olah membuka aib semua dan dirinya tidak perlu bercerita hal rumah tangga kepada umum.

Advertisement

Terbaharu, tular semula satu video lama ketika tahun 2020 memperlihatkan keadaan Sarah yang sangat kurus serta cengkung di bahagian mukanya.

Susulan video terbabit telah tular di platform TikTok, rata-rata netizen berpendapat pelakon tersebut telah mengharungi satu detik hitam dalam hidup dan kini adalah masa untuk dia bangkit serta melawan segala perkara yang telah dilakukan oleh suami serta Ira kepadanya.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bersyukur melihat keadaan Sarah ketika ini sudah semakin baik dan kelihatan lebih bahagia daripada sebelum ini.

Puteri Sarah akui pernah berdepan individu NPD

Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.

Jelas Puteri Sarah atau pemilik nama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD).

Nampak seperti perkara remeh dan tuan punya badan tidak hirau dengan keadaan dirinya, sebaliknya individu berada di sekelilingnya akan rasa rungsing dan mungkin menyebabkan hubungan renggang.

“Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini.

“Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.

“Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula.

“Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian,” kata Puteri Sarah.

Bagi pemilik personaliti itu ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental yang serius sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya.

Tambah Puteri Sarah, mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik.

“Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membahayakan diri dan orang lain.

“Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah.

“Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri,” katanya.

SUMBER : TikTok, https://beautifulnara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *