Uncategorized

Puteri Sarah beritahu kenapa keluarga dia tak ‘lantang bersuara’. Rumpanya ada kaitan dengan pekerjaan

Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Selain Puteri Sarah dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor itu juga turut ada membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang diuji.

Ibu bapa ada kerjaya profesional

Namun, ramai tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.

Menerusi laporan dari Kosmo! Puteri Sarah memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.

Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.

Adik-beradik kerja hebat

Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cerai.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya.

Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu.

Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.

“Poligami Yang Memecah-Belahkan Bukan Mengikut Sunnah” – Ibu Syamsul Yusof

Sejak Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, ibunya Datin Patimah Ismail tidak merestui perkahwinan tersebut.

Terbaru, Datin Patimah ada memuat naik ‘quotes’ dari Majalah Nona berkenaan poligami yang memecah belahkan bukanlah mengikut sunnah.

“Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Poligami yang memecah-belahkan bukan mengikut sunnah,” tulis quotes itu.

Sebelum ini, Datin Patimah berkata dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar.

Sumber: Kosmo! (Nur Emirza Saizali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *