Uncategorized

Puteri Sarah nampak ceria, dia beritahu siapa datang bersama buat dia bersemangat datang mahkamah

PELAKON Puteri Sarah Liyana hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam keadaan tenang dan ceria pada pagi Isnin.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani oleh dua orang adiknya.

Sarah ditemani adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sarah mengenakan jubah hitam dilihat bersemangat ketika hadir untuk memfailkan penceraian dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.

“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama. Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau,” katanya kepada mStar.

‘Keputusan muktamad, tiada peluang kedua buat Syamsul’ – Puteri Sarah

Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul,” kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.

“Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba di Mahkamah Syariah pada jam 10.25 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat.

“Saya gembira dan bersemangat,” katanya yang mengenakan jubah hitam.

Puteri Sarah berkata, dia juga gembira apabila dua adiknya hadir menemani.

“Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.

Selain dua adiknya, turut hadir adalah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes ibu kepada dua cahaya mata itu.

Terdahulu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Sarah bagaimapun berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan penceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *